Apa tak nya, ada 10,000 mainan di sini kak.
Dari yang kecil-kecil sampailah yang besar macam Bat Mobile (alah, kereta yang batman bawa lawan orang jahat, yang asyik gelak besar tak ada sebab).
Kata bos muzium ini, harga koleksi ini semua mencecah RM 3 juta.
Apa Yang Ada Di Sini
Kalau hangpa suka Iron Man dan segala Man yang lain, boleh tengok figura Iron Man saiz besar. Hulk dengan Thor pun ada sekali.
Untuk peminat Star Wars, boleh bergambar dengan Storm Troopers. Dan untuk yang minat dengan figura Jepun, ada robot-robot yang boleh hangpa layan.
Cumanya muzium ini tak sebesar mana. Kalau hangpa memang bukan peminat mainan dan figura, duit tiket itu lebih baik buat makan asam pedas. Lagi syok.
Harga Tiket
Dewasa (RM) | Kanak-Kanak (RM) | |
---|---|---|
Tiket | 30 | 20 |