The Sterling - hotel terbaik di melaka

The Sterling

Hotel Sterling di Melaka ini adalah hotel butik dengan kemasan moden.

Walaupun bangunannya mempunyai gaya kolonial dan nama bilik-biliknya juga mempunyai nama tokoh lama British, kemudahan di dalam bilik anda ringkas dan terbaru.

Jika anda mahukan sedikit rasa nostalgia atau suasana romantis sewaktu percutian anda, tetapi mahukan keselesaan moden, bilik-bilik di sini cukup ideal untuk anda.

Akan tetapi jika anda datang dengan anak kecil dan perlukan hotel yang lengkap dengan kolam renang kanak-kanak, ini bukan hotel yang sesuai.

Yang Baik

  1. Bilik moden dan bersih
  2. Jarak jalan kaki ke tarikan Melaka
  3. Wifi percuma
  4. Sesetengah bilik mempunyai jakuzi

Yang Buruk

  1. Wifi percumanya perlahan

Harga Bilik

RM[currency]136[/currency] – RM[currency]318[/currency]

Lihat harga terkini

JomJalan Seluruh Melaka

Senarai tempat tarikan best di Melaka
Hotel terbaik Melaka pilihan kami