Tentang Tarikan Ini :
Untuk berjalan di atas jambatan kaca Rainbow Skywalk Penang ini, harganya keras juga. Sebab dalam RM 50 seorang.
Tapi scroll ke tiket sebab kami ada harga diskaun untuk anda.
Tengok Penang Dari Atas
Tarikan pertama kat sini ialah The Top Komtar.
Kat sini ialah menara tinjau kat tingkat 65 dan 68. Dan juga satu jambatan kaca kat atas bumbung yang boleh anda naik, dipanggil Rainbow Skywalk.
Disebabkan jambatan Skywalk tak ada bumbung, waktu terbaik datang kalau nak layan pemandangan Penang ialah pada waktu malam — lagi sejuk, dan lampu di Penang pun mula dinyalakan.

Kredit : faizpaehh
Kalau anda datang siang dan tidak sanggup berpanas, anda boleh turun ke tingkat 65 dan tengok pemandangan hampir sama kat Observatory Decknya.
Observatory Deck ini ada aircond. Jadi tidak lah cair foundation kalau datang tengah hari.
Avenue of Adventures Utk Budak-Budak
Selain ambil angin tengok Penang, ada satu group tarikan yang depa panggil Avenue of Adventures.

Kredit : marvel_linooo
Nak tahu pasal Dinasour, boleh masuk Dinasour Research Center. Nak ikan, ada Ocean Explorer. Ada 13 tarikan semuanya yang harga masuk lain-lain.

Kredit : livelifelah
Nak Lagi Thrill?

Kredit : __nrlatiqah
Kalau nak merasa berayun kat luar Komtar, boleh cuba Gravityz.
Kalau setakat nak tengok Penang dari tempat tinggi, The Habitat kat Bukit Bendera pun boleh.
Harga Tiket Rainbow Walk The Top
Harga Tiket Walk-In | Dewasa (RM) | Kanak-Kanak (RM) |
---|---|---|
Harga Warganegara | ||
Rainbow Skywalk (Jambatan Kaca) + Jurassic Research Center + The Top Boutique Aquarium | 75 | 55 |
Super 6 (pass utk 6 tarikan) | 55 | 45 |
Super 9 (pass utk 9 tarikan) | 98 | 58 |
Beli Tiket Murah The Top | ||
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 2 Jan 2023 |
Hotel Berdekatan
Kalau anda nak berjalan kaki saja dari hotel, ada banyak hotel bagus yang dekat dengan kawasan Komtar.
Tapi untuk bajet kecil, ini hotel murah dekat Komtar yang kami sarankan pada anda.