Thousand Tales Of Adventure

RM28.00

Ini permainan ala Escape Room santai untuk anak-anak yang ada kat Melaka.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
30 – 45 min
Penting
Tarikan ini telah ditutup. Info di bawah hanya untuk tujuan referensi sahaja.
Harga Tiket
Tiket bermula dari RM 28 dewasa dan RM 23 kanak-kanak
Lokasi
Jalan PM 9, Plaza Mahkota, 75000 Melaka

Ditutup sementara / kekal

ESCAPE ROOM

Level Family

Tempat Thousand Tales of Adventure ini sebenarnya untuk family dengan anak kecil masuk dan main treasure hunt yang mudah-mudah.

Tak macam Escape Room yang anda puas nak kerah otak, kat Thousand Tales ini, clue dan hint-nya mudah-mudah sahaja.

Sesuai untuk mak ayah yang sibuk dengan anak. Bila masanya nak memikir bila lagi sibuk pegang anak kan bang Dolah?

Kalau ada anak kecil yang bawah 12 tahun, tempat ini boleh tahan. Tapi kalau anak dah umur remaja, dia bakal menguap sambil cakap baik guna duit tiket untuk top up data dia.

thousand tales of adventure

thousand tales of adventure

BEBERAPA PERINGKAT

Adventure

Anda bakal bermula di lembah Cactus. Untuk ke pengembaraan seterusnya anda perlu selesaikan jawapan di pintu.

Kalau berjaya, anda akan ke peringkat penjara tengkorak, diikuti kawasan obor-obor, labah-labah dan sarang raksasa.

Kat peringkat terakhir anda akan naik ride dengan 3D glass, dan lawan musuh terakhir dengan pistol laser anda.

Tiket Adventure Tales

Harga Tiket Walk-In

Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Warga Malaysia / Pelancong Asing2823

Waktu Operasi

Setiap Hari : 10 pg – 7 mlm

Review

Jadi yang pertama beri review

Masukkan ulasan
Thousand Tales Of Adventure Thousand Tales Of Adventure
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)