Tentang Tarikan Ini :
Tempat ini lokasinya amboi strategik. Dibina dalam Oriental Park dan dekat sangat dengan kereta kabel Langkawi dan Muzium 3D.
Tempat ini tempat VR & AR. Senang cerita, dunia maya dimasukkan ke dalam dunia kita sekarang. Jadi boleh nampak benda yang tak wujud, di super impose kan kat dalam dunia kita.
Alah, macam game Pokemon yang habis segala belukar korang redah tu.
Kat sini ada 5 zaman yang boleh korang rasa – Zaman Jurasik, Tahun 1980, Tahun 2020, Tahun 3300 sampai lah ke ‘Lost in Time: Tahun X.’
3 Tarikan Paling Top Kat Langkawi
Augmented Reality pun ada kat sini. Cuma tak macam Illusion 3D yang kat KL yang ada dinosaur, yang kat sini ada harimau. Dan mungkin tahap terujanya tak setinggi jumpa anak dinosaur.
Anak-anak kecil mungkin seronok. Sebab lukisan yang depa lukis, akhirnya boleh masuk ke skrin besar. Siap bergerak lagi.
Akhir sekali, boleh merasa nak pakai VR – tu pada siapa yang belum pernah merasanya. Boleh tengok kawasan Langkawi, yang kata bos tempat ini, naik helikopter pun tak dapat tengok.
Tapi kalau dah biasa ber VR (walaupun dengan VR headset RM 10), kurang teruja lah rasanya.
Tapi tempat ini masih baru. Banyak lagi yang perlu diperbaiki kalau nak disesuaikan dengan harga tiket yang tak murah.
Dan kalau bajet ke Langkawi cuma suam-suam air kosong, boleh skip, dan layan kereta kabel Langkawi saja.
Waktu Operasi
Setiap Hari : 9pg – 7 mlm
Harga Tiket
Harga TIket Walk-In | Dewasa (RM) | Kanak-Kanak (RM) |
---|---|---|
Warganegara | 22 | 22 |
Pelancong Asing | 27 | 27 |
Beli Tiket Murah Imaginarium | ||
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 19 Sep 2021 |