YG TEGAR SAJA
Lokasi Jauh
Tip of the Borneo atau Tanjung Simpang Mengayau ini bukannya dekat.
Kalau dari Kota Kinabalu, jaraknya lebih 200km (3 jam 30 minit). Dan anda bakal melalui kawasan kampung yang tak berlampu.
Tapi untuk mereka yang gigih (walaupun gagal geografi), Tip of Borneo ini tidak menghampakan.


LAYAN VIEW
Utk Memori
Dengan angin kuat, pemandangan laut dan matahari terbenam, sukar nak melawan memori bila datang ke sini.
Jumlah orang yang datang ke sini waktu senja kadang-kadang mengejutkan semua.
Sebab ramai yang ingat tak siapa nak ke sini semata-mata untuk pemandangannya.
Kawasan ini juga ada pantai yang cantik untuk anda layan dengan kawan atau pasangan.
Apapun, kalau anda datang bertopi, pegang kuat-kuat. Takut tak larat mengejar topi yang terbang.
Review
Jadi yang pertama beri review