Isi Kandungan :
Tiram Waterpark ini indoor waterpark pertama dalam Johor. Dan nak mandi sampai lebam, walaupun kat dalam musim hujan ribut pun tak ada masalah sebab Tiram Waterpark ini dibuat kat dalam mall. Yang tambah syok, tempat ini buka sampai malam.
Masalahnya cuma satu. Ini waterpark khas untuk anak-anak. Jadi kalau tuan hamba remaja belia, memang nampak pelik bergembira sakan kat sini. Lagipun airnya juga tinggi peha orang dewasa sahaja.
Selalunya yang masuk ke sini, mak ayah yang ada anak-anak bawah umur 12 tahun. Kalau anda dalam kategori itu, tempat ini bakal buat anak tak mahu keluar.
Kekurangan taman tema air Tiram Waterpark ini satu. Disebabkan ia dibuat dalam dewan yang ada aircond, airnya lebih sejuk dari biasa. Jadi lebam kecut membiru itu biasa. Mak ayah kena lebih peka, terutama kalau anak anda ada asthma atau penyakit yang kurang sesuai dengan cuaca sejuk.
Taman Air dan Taman Kering
Bila sudah di sini, anda boleh main di 2 taman — kering ataupun basah, ataupun kedua-dua sekali.
Taman kering macam taman biasa yang ada kat dalam mall Malaysia, ada gelongsor dan ball pit.
Taman air pula ada kolam air sebesar 26,000 kaki persegi. Tempat ini siap dengan slide gergasi yang pendek yang boleh turun berjemaah sekeluarga.
Kalau anda nak sambut hari lahir anak kat sini, Tiram Waterpark ada party room. Anak dan kawan-kawan boleh berseronok makan dan sambut hari lahir kat sini dan mandi sakan pada hari itu.
Untung dibuat Dalam Mall
Disebabkan ia dalam mall, anda tak ada masalah nak makan-minum lepas mandi. Kalau nak tengok wayang atau nak bershopping pun boleh.
Dan kalau kebanyakan waterpark dalam Malaysia buat kulit anda sekeluarga merah menyala, yang ini, anda keluar dengan segarnya. Cuaca sentiasa sejuk sebab anda main air kat dalam Today’s Mall.
Alternatif Lain
Kalau anda nak yang lebih umpph, Johor ada Desaru Coast Adventureland dan juga Legoland Waterpark. Untuk yang mahu lebih dari main air, boleh cuba juga Austin Heights yang tak jauh dari sini.
Semua 3 alternatif ini memang sesuai bukan sahaja untuk yang kecil tapi remaja dan orang dewasa.
Harga Tiket
Tiket | Dewasa (RM) | Kanak-Kanak (RM) |
---|---|---|
Warganegara | 20 | 14.70 |
Waktu Operasi
Setiap Hari : 10:30 ptg – 10 mlm