20 tahun dulu, tokong ular ini memang tempat wajib lawat kalau ke Penang. Tak kisah lah samada anda tidak tahan bau colok atau tak selesa masuk ke tokong.
Bukan apa. Semua orang mesti teruja melihat bermacam-macam jenis ular – berbisa dan tak berbisa berkeliaran di dalam tokong. Sayangnya, sekarang jumlah ular yang ada sangat sedikit. Ular berbisa seperti ular kapak pun hanya ada seekor dua.
Walaupun ada tempat kecil di tepi tokong untuk anda lihat ular-ular, ia tidak lagi menarik semacam dulu. Sedihnya, sebab ini dikatakan satu-satunya tokong sepertinya dalam dunia.
3 Tarikan Paling Top Kat Penang
Harga Tiket
Percuma
JomJalan Seluruh Penang
Layan senarai tempat tarikan best di Penang
Tidur kat hotel terbaik Penang
Promo hotel, tarikan Penang
Makan kat kedai makan sedap Penang