Toppen Mall

Tarikan Percuma

(6 review)

Ini mall gaya Scandinavian yg boleh anda cuci mata dan bersihkan akaun bank masa cuti kat JB nanti.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
3 – 4 jam
Harga Tiket
Percuma
Lokasi
Toppen Shopping Centre, No. 33, Jalan Harmonium, Taman Desa Tebrau, 81100 Johor Bahru, Johor

UNIK

Gaya Muda

Toppen Mall kat Johor Bharu ini antara mall paling lain yang ada dalam Malaysia.

Senang cerita, kalau hanya ada satu mall yang anda nak layan masa cuti kat JB, pastikan anda datang ke Toppen Mall yang pemiliknya IKEA Malaysia.

toppen mall

toppen mall

LUBUK TIKTOK

Jadi Biasa

Untuk orang muda yang layan TikTok, ini adalah mall yang ada banyak sudut untuk TikTok.

Ada yang kata ini mall yang paling Tiktoable kat Malaysia.

Joe Flizzow pun pernah buat TikTok kat sini.

UTK SEMUA

Selesa

Kalau anda dah berumur, jangan risau.

Tempat ini banyak yang boleh anda teroka.

Dan penyewa dalamnya pun ada penyewa lain dari kat tempat anda.

Ada Ben’s Independant Grocer dan 9 to 9. Untuk warga tua, kerusi untuk mereka rehat pun ada kat mana-mana.

Pendek kata, apa yang ada dalam mall ini buat anda rasa pengalaman masuk mall luar negara, dan cukup ideal untuk keluarga.

toppen mall

Ikea Terbesar

Kalau kawasan dalam mall ini belum cukup jangan sedih hati.

Mall ini bersambung dengan IKEA paling besar dalam Malaysia iaitu IKEA Tebrau.

Yang penting, pakai kasut bagus dan bersedia nak picit betis bengkak malam nanti.

Dah puas jamu mata, boleh beli perabot dan kelengkapan rumah dari Sweden pula.

Kalau itupun belum cukup, ada Aeon dan Tesco dalam jarak tak jauh dari sini.

Coca Cola Cafe

Untuk anda yang nak layan Coca Cola Cafe pertama dalam dunia, bolehlah pergi ke panggung wayang TGV kat Toppen ini.

Boleh la duduk rasa balik zaman John Travolta.

Rasalah feel retro sebelum atau selepas layan movie kat sini.

TGV Paling Power

Kat sini juga panggung wayang TGV nya yang paling power kat Malaysia. Sebabnya ada banyak seat dan hall yang boleh di pilih.

Kalau datang dengan anak kecil, boleh pilih seat infiniti supaya duduk dah macam kat rumah sendiri.

Yang nak rasa sound sistem power pula boleh pilih movie kat Flexound hall. Hall kat sini, semua seatnya ada speaker sendiri supaya bunyi lagi umphhh.

Dan kalau nak lepak betul, pilih TGV indulge yang siap ada selimut dan tray makan. Tengok movie memang sakan.

Kawasan Main

Mall ini ada kawasan atas bumbung paling happening untuk sebuah mall Malaysia.

Kat kawasan atas ini ada taman untuk anda ambil angin dan anak kecil main air.

Kawasan ini cukup cantik bila malam sebab siap dihias lampu-lampu. Kat sini juga ada satu kawasan khas untuk bermain.

Yang nak main skate board, panjat dinding atau basketball, boleh juga datang mall ini dan main dengan kawan-kawan kat sini.

6 review utk Toppen Mall

3.7
Berdasarkan 6 review
5 bintang
33
33%
4 bintang
33
33%
3 bintang
16
16%
2 bintang
0%
1 bintang
16
16%
1-5 dari 6 review
  1. Parking menyusahkan kalau motor kene parking di ikea🤦, nk parking kene byr pakai bank card/touch&go, kalau first time mmg sesat nk cari pintu masuk toppen, patut ltk sign besar2 pintu masuk yg ikea ni boleh tembus toppen kat luar😑,

    (0) (0)
  2. Game on dalam toppen best . Tapi yg buat kami tidak suka dan paling teruk tentang aircond ..please betulkan aircond .

    Kami sebagai cust kat sini semua berpeluh mandi . Staff pun berpeluh sama nasib seperti kami .. Kami sebagai cust berharap agar cepat selesaikan masalah aircond disini ..

    (0) (0)
  3. Tempat yang paling saya suka datang di toppen
    1.taman air atau taman permainan kanak-kanak
    2. panggung wayang
    3. Kedai makan

    (0) (0)
  4. Surau takde telekung. Tak banyak pilihan kedai untuk shopping.

    Best ada rooftop tempat nak santai2 n cantik. Overall mall yang cantik dan selesa.

    Nursing room sangat luas, cantik dan selesa. Surau tempat ambil wudhu agak tak selesa sbb semua paip ada tempat duduk, tapi basah, pastu paip auto, nak kena tadah tangan baru keluar air, tu pun kuar beberapa saat je, jenuh asyik nak kena tunggu air keluar.

    Mall yang mesra family. Macam2 aktiviti boleh buat kat sini.

    (0) (0)
  5. Tempat yg menarik untuk shopping sambil relax,
    Family oriented type of shopping mall.. bnyk tmpt rest and table rest.

    Edit 7/3/2023
    Dah ada Decathlon.. tempat mencari peralatan sukan, accessories sukan, dan banyak lagi.. serta peralatan gym dan camping pon ada.. tempat yang luas dan berada di kawansan parking kalau utk pergi ke sana… Bnyk option yang menarik..

    (0) (0)
Masukkan ulasan
Toppen Mall Toppen Mall
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)