Trans Studio Bandung - tempat best  indonesia

Trans Studio Bandung

Siapa sangka taman tema tertutup Trans Studio Bandung ini adalah antara yang terbesar di dunia?

Tentang Tarikan Ini :

Dibuka pada tahun 2011, taman tema ini mempunyai 20 aktiviti, permainan dan tunggangan — dari tunggangan permainan air yang dipanggil the Lost City, rock-climbing di Kong Climb hinggalah ke roller coaster luar studio.

Di bahagikan kepada 3 bahagian, Trans Studio Bandung ini mempunyai :-

Studio Central
Zon ini memaparkan zaman Hollywood sekitar tahun 60-an. Anak kecil boleh memasuki dunia sains dan Dunia Anak manakala mereka yang berumur boleh menaiki rollercoaster tertutup antara yang terpantas di dunia. Anda akan meluncur sejauh 50 meter ke udara dengan kelajuan 120km/j bukan sahaja ke hadapan, tetapi juga dengan kelajuan yang sama ke belakang.

Lost City
Di Lost City anda akan di bawa dalam ekspedisi menyelamatkan krew Trans Studio di Afrika. Di sini anda bakal di bawa menaiki zappelin lanun serta di bawa melihat persembahan seperti Lagenda Putera Mahkota.

Magic Corner
Di zon Magic Corner anda akan di bawa ke Dunia Raksasa dengan persembahan multimedia hebat di samping peluang merasai tunggangan lain seperti tunggangan Liliput Island dan Kapal Lanun Captain Black Heart.

Jika anda mahu ke sini, pastikan anda datang awal pagi agar tidak ketinggalan pementasan dan persembahan muzikalnya. Luangkan masa sehari atau setengah hari semasa ke sini kerana oleh kerana anda di dalam kawasan tertutup, anda mungkin tidak terasa masa berjalan dengan pantas.

Harga Tiket

Isnin – Jumaat : Rp [currency base=”IDR”]150000[/currency]
Sabtu, Ahad, Hari Cuti: Rp [currency base=”IDR”]250000[/currency]

Waktu Operasi

Setiap hari : 10 pg – 9 mlm

Jomjalan