TREX Bike Park

RM5.00

Ini tempat untuk berbasikal puas-puas kat area Puncak Alam.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
2 – 4 jam
Harga Tiket
Harga tiket bermula dari RM 5 (basikal sendiri)
Jarak Dari KL
48 km / 1 jam 15 min
Lokasi
Eco Grandeur, 47000 Puncak Alam, Selangor

Add to Cart
trex bike park duo
TREX Bike Park
RM5.00

TEMPAT BERBASIKAL

Bebas Kenderaan

Ini tempat untuk berbasikal puas-puas kat area Puncak Alam.

Kat sini tak perlu risau dengan kereta, lori, motor ataupun orang jalan kaki.

Suasana hijau. Memang santai.

trex bike park

trex bike park

MENGHIJAU

Pengalaman Baru

Trek sepanjang 2km ini kelilingnya dibuat menghijau, jadi anda boleh berbasikal dengan gembira satu keluarga.

Sekali tengok, gaya dalam video game rasanya. Dan untuk bagi pengalaman menunggu dalam ini istimewa, trek ini ada selekoh, ada kawasan bukit dan tak kurang jalan rata.

Kalau anda jenis yang suka beraksi dengan basikal, ada beberapa kawasan khas yang lebih challenging untuk anda layan. Bolehlah asah skill dengan member.

Tiket Trex Bike Park

Harga Tiket Walk-In

Harga Tiket (RM)DewasaKanak2
Per entry (basikal sendiri)55
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 16 Dec 2021

Sewa Basikal

Yang bagus lagi, anda tak perlu ada basikal pun untuk merasa pusing trek ini.

Sebab ada DBG Bike City yang sewakan basikal untuk ronda kawasan ini. Jenis basikal pun banyak.

Ada jenis basikal santai, basikal budak sampailah ke jenis racing dan yang ada carrier untuk baby.

Tapi kalau anda sudah anda basikal, boleh masuk dan bayar tiket sahaja untuk rasa trek ini.

Fasiliti Lain

Kalau lapar, ada tempat BBQ dan Grill halal kat tepinya.

Dan FamilyMart, Starbucks pun ada untuk lepaskan penat untuk balik senyum gembira.

Tips Pengunjung

  • Kasut wajib di pakai dalam trek ini. Selipar atau sandal (macam Croc) tidak dibenarkan.
  • Setakat penghujung 2021, harga sewaan basikal bermula pada RM 20/jam.

Waktu Operasi

Isnin : Tutup

Selasa – Jumaat : 9pg – 5 ptg

Sabtu & Ahad : 9 pg – 7 ptg