Isi Kandungan :
Trickeye Museum kat Johor ini sebenarnya salah satu cawangan Trickeye. Syarikat ini ada muzium gambar 3D kat seluruh dunia, dari beberapa muzium seumpamanya di Korea sampailah Mexico dan juga Singapura. Senang cerita, kalau kebanyakan muzium 3D nak bergambar kat Malaysia, standard amatur sahaja, yang ini datang dari syarikat yang sudah biasa dalam muzium sebegini.
Jadi tak hairanlah yang kalau kebanyakan muzium 3D kat Malaysia cuma ada gambar kat dinding untuk anda bergambar dan beraksi untuk lensa, yang kat sini siap datang dengan gambar yang ada AR.
Maksudnya begini. Dari mata kasar, anda akan nampak gambar-gambar dinding ini mati. Tapi bila anda download aplikasi VR, anda boleh berlakon dengan gambar-gambar ini sebab ia bakal hidup. Dan anda bakal keluar bukan sahaja dengan gambar, tapi juga dengan video anda kat sini.
Apapun, macam biasa kami nasihatkan untuk anda siapkan powerbank atau charge phone penuh. Anak remaja dan orang yang suka bergambar bakal sengih seronok kat sini.
Untuk yang sudah berusia, mungkin tak sesuai kat sini. Lebih baik pergi makan rojak atau duduk berborak.
Tarikan Berhampiran
Untuk yang nak tengok panorama bandaraya Johor Bharu, boleh naik kat Skyscape JBCC.
Waktu Operasi
Setiap Hari: 10 pg – 10 mlm
Harga Tiket
Tiket | Dewasa (RM) | Kanak-Kanak (RM) |
---|---|---|
Warganegara | 38 | 30 |
Beli Tiket Diskaun Trickeye |