Dengan Sunset Tropical Cruise, anda akan meluncur di atas laut Langkawi seperti Paris Hilton.
Bezanya anda di atas kapal ini selama 3 jam bersama-sama dengan pelancong lain.
Sewaktu di atas kapal, anda boleh menikmati makan malam dan minum tanpa had. Walaupun terdapat minuman beralkohol, pengunjung Islam boleh sahaja memilih air lain yang disediakan. Untuk makanan, terdapat banyak pilihan makanan laut seperti ikan, sotong dan udang untuk anda nikmati.
Kalau anda bosan berehat di atas bot, anda boleh terjun ke laut dan berendam di dalam jaring yang dilabuhkan di tepi kapal.
Pendek kata, untuk mereka yang mempunyai bajet lebih dan datang ke Langkawi untuk bulan madu, ini memang pengalaman rare yang wajib dibuat.
Tapi kalau bajet rendah atau tak perlu ber-romantik sangat, boleh saja naik bot untuk trip island hopping atau mangrove tour.
Harga Tiket
Dewasa (RM) | Kanak2 (RM) | |
---|---|---|
Harga Tiket | 300 | 250 |
Beli Pakej Diskaun Sunset Cruise |