Isi Kandungan :
Kalau Legoland waterpark atau Desaru Coast terlalu mahal, TS Wonderland ini alternatif yang lebih murah untuk anda main air kat Pasir Gudang. Cumanya tempat ini tak sebesar mana kalau nak dibandingkan dengan 2 taman air terkemuka Johor itu. Tapi yang baiknya, taman tema air TS Wonderland ini berbumbung. Jadi tak perlu pening kalau hujan atau panas lit lit.
Tempat ini pun sama macam Tiram Waterpark, ada kawasan taman tema air dan juga taman kering untuk anak-anak main sakan. Bezanya yang kat sini ada slide-slide air yang lebih seronok dari Tiram Waterpark. Jadi kalau anak anda sudah masuk 12 – 14 tahun, taklah mereka segan main air dalam taman TS Wonderland ini (sebab Tiram Waterpark lebih untuk anak kecil).
Jarak TS Wonderland ini pun sebenarnya tak jauh dari Tiram Waterpark.
Kalau sudah lapar main air, ada kawasan makan kat sini. Menunya western sahaja dan lebih kepada menu ayam goreng. Pendek kata, memang menunya dibuat untuk anak-anak meratah.
Harga tiket TS Wonderland ini sederhana untuk sebuah taman tema air. Kalau anda datang bercuti ke Johor dan anak nak merasa main air, Legoland dan Desaru Coast lebih baik. Tapi untuk orang Pasir Gudang dan Masai yang tercari-cari aktiviti murah masa cuti, ini antara pilihan yang boleh disimpan untuk pergi.
Waktu Operasi
Setiap Hari: 10 pg – 6 ptg
Harga Tiket
Tiket | Dewasa (RM) | Kanak-Kanak (RM) |
---|---|---|
Warganegara | 25 | 25 |