UK Farm

RM50.00

Nak rasa pengalaman masuk ke kawasan ternakan kambing? Ini antara peluang untuk itu kat Johor.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
1 – 2 jam
Harga Tiket
Harga tiket bermula dari RM 35 utk Bus Farm Tour
Lokasi
Projek Pertanian Moden Kluang, KM13 Jalan Batu Pahat, Kluang, 8, 86000 Kluang, Johor

Add to Cart
uk farm outs
UK Farm
RM50.00

LADANG

Saiz Gergasi

UK Farm ini luasnya 100 ekar.

Dan viral sekejap online, sebab pemandangannya tak macam di Johor, tapi bila senja, ada macam luar negeri sikit-sikit.

Bila kat sini, anda berpeluang bukan sahaja melawat kandang kambing dan beri mereka makan, tapi juga merasakan produk berasaskan kambing yang fresh dari ladang.

uk farm

uk farm

LAYAN

Ternakan

Tapi selain kambing, ada juga bintanag lain yang boleh anda jumpa.

Ada juga ayam, itik, kasuari dan dua tiga jenis binatang lain.

Dan yang baru nak naik ialah kawasan penanaman lavender.

Tiket UK Farm

Harga Tiket Walk-In

Harga Pakej (RM)Harga (RM)
Bus Farm Tour35
Pakej Tadika45
Pakej Sekolah Rendah45
Pakej Pelajar50
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 11 Feb 2025

Penting

UK Farm ini jauh dari jalan besar.

Dari keluar highway ke sini, anda perlu memandu dalam 5km kat jalan tak berturap yang berbonggol-bonggol.

Kalau anda tak memandu 4WD, memang tak disyorkan ke sini. Jangan terkejut kalau anda tengok banyak kereta patah balik bila tengok jalannya.

Apapun tak boleh nak bising sangat, sebab memang beginilah jalan ke ladang-ladang kan?

Jadi tinggalkan kereta baru anda kat rumah, melainkan anda bersedia untuk merosakkannya ke sini.

Pakej Penginapan

Kalau betul nak merasa seronok ke tidak suasana ladang, anda sekeluarga boleh menginap 2 hari 1 malam kat chalet dalam kawasan ini.

Jangan risau sebab makanan ada kat dalam ini, tak perlu keluar.

Kursus

Tempat ini juga ada menyediakan kursus menternak kambing Jamnapari untuk bakal penternak.

Harga kursus bermula dari RM 1200 seorang untuk kursus 2 hari.