haiwan dalam underwater world langkawi

Kredit : thonglaihiew1011

Underwater World Langkawi

Underwater World Langkawi di Pantai Cenang ini bukan saja ada ikan, tapi juga penguin.

Harga Tiket Walk-InDewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Warganegara3626
Pelancong Asing4636
Beli Tiket Murah Underwater World
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 19 Sep 2021

Kat aquarium Langkawi ini, superstar utamanya ada tiga. Penguin Afrika, penguin Rockhopper yang ada rambut ranggi dan juga Marmoset — iaitu antara spesis monyet paling kecil di dunia.

Kalau kat tempat lain cuma ada seekor dua penguin, Underwater World Langkawi ini ada sekumpulan penguin yang cukup aktif berenang dan bergerak bersama.

penguin di underwater world langkawi water

Senang cerita, kalau anda ke Langkawi dengan keluarga, dan anak-anak kecil, ini antara tempat yang kena lawat bersama.

underwater world langkawi tiket

Jadi jangan lupa tunggu waktu makan.

Anda mesti tersengih melihat mereka berjalan terhoyong hayang sambil berebut-rebut menjamah ikan.

belut di underwater world langkawi

Kredit : own7723

Selain penguin, ada kawasan tropika di mana haiwan-haiwan dibiar bebas berkeliaran. Ada juga kawasan terumbu karang untuk anda tengok sendiri batu-batu karang pelbagai jenis, pelbagai warna.

nemo di underwater world langkawi

 

Untuk yang tak kisah pegang binatang, ada ular sampai ke merpati jinak untuk anda belai masa kat sini.

Tarikan Berdekatan

Kalau dah alang-alang ke sini, jangan lupa singgah kat Pantai Cenang dan Laman Padi.

Harga Tiket

Harga Tiket Walk-InDewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Warganegara3626
Pelancong Asing4636
Beli Tiket Murah Underwater World
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 19 Sep 2021

JomJalan Seluruh Langkawi

Senarai tempat tarikan best di Langkawi
Promo hotel, tarikan Langkawi