tiket universal studios uss

Universal Studios Singapore

Tak sah ke Singapore ini kalau anda tak jenguk dulu Universal Studios Singapura (USS) ini.

Harga Tiket Walk-InDewasa (SGD)Kanak-Kanak (SGD)
Pelancong Asing8161
Warga Spore6959
Beli Tiket Murah USS
Beli Tiket Murah USS + Bas

Ramai rakyat Malaysia yang masuk bercuti ke Singapura semata-mata sebab nak rasa apa ada kat USS.

Melangkah ke sini membuatkan anda terasa macam kat USA buat sehari. Kat sini, anda boleh berjalan kat 7 kawasan bertemakan filem dan bandar dalam Amerika. Dan anda juga ada peluang bergambar dengan watak kartun dan filem Universal Studios macam Sesame Street, Transformers dan The Mummy.

enchanted airways uss singaporeTak mengujakan? Ah, tak mengapa. Sebab ada roller coaster dan tunggangan lain yang mendebarkan kat taman tema Universal Studios Spore ini.

jurassic park lost adventure rideTaman USS ini tidak begitu besar. Jadi kalau anda datang pada hari bekerja, anda boleh rasa semua tunggangan dalam satu hari. Tapi kalau anda datang masa cuti, beratur nak naik satu rollercoaster pun boleh ambil masa 2 jam.

uss singapore dino soarin ride

Tempat ini bukan untuk anak yang di bawah 7 tahun. Sebabnya kebanyakan tunggangan yang menarik hanya untuk kanak-kanak berumur 9 tahun. Dan untuk anda yang dah besar atau datang dengan anak remaja, tak ada masalah sebab ada rides untuk anda semua.

 

uss singapore lost world canopy flyer

Tips Pengunjung

uss singapore egyptian treasure

  1. Kalau anda datang pada hujung minggu atau musim cuti, anda mungkin ingin membeli Express Pass agar anda tidak perlu menunggu lama untuk menaiki tunggangan di taman ini (1-2 jam beratur untuk satu tunggangan tanpa Express Pass). Dan beli tiket Universal Studios ini secara online. Kalau anda walk in, anda mungkin beratur berjam-jam hanya untuk membeli tiket.
  2. Bawa botol air dan isi air dari mana-mana kawasan water fountain di taman ini untuk menjimatkan wang.
  3. Bersedia dengan duit yang banyak kalau anda nak makan kat sini. Seperti mana-mana tarikan di Pulau Sentosa, harga makanan di sini jauh lebih mahal dari yang anda jangka. Makanan halal ada kat kawasan Ancient Egypt.
  4. Kalau anda nak makan di luar, anda boleh keluar dari USS. Boleh makan kat Malaysian Street.
  5. Jangan lupa tonton Waterworld Show dan naik tunggangan Transformer 3D yang buat anda terasa macam anda boleh terbang di udara.
  6. Wet Zone (Zon Basah) bakal menyebabkan anda basah kuyup. Simpan telefon bimbit anda di loker sebelum ke kawasan ini.
  7. Datang awal. Naik tunggangan Transformers kalau anda remaja atau dewasa terlebih dahulu kerana ia yang paling popular dan bakal sesak.
  8. Pergi ke kawasan Madagascar & Sesame Street dahulu jika anda datang dengan anak kecil.

uss singapore madagascar

Harga Tiket Universal Studios Spore

Harga Tiket Walk-InDewasa (SGD)Kanak-Kanak (SGD)
Pelancong Asing8161
Warga Spore6959
Beli Tiket Murah USS
Beli Tiket Murah USS + Bas

Waktu Operasi

Setiap Hari : 10 pg – 7 mlm

Teroka Singapora

Tempat menarik lain kat Spore
Promosi tarikan & flight ke Spore