pasar malam perda

Kredit : penangkini

Uptown Perda

Suka usya kasut, baju malam-malam? Jom terjah Uptown Perda

Ini uptown paling besar kat Seberang Prai, Penang.

Dan peniaga yang ada lebih dari 150. Jadi memang panjanglah pasarnya.

Untuk anda yang memang suka ke pasar yang memang jual barang terpakai, memang mencari t-shirt dan jersi, tali pinggang dan minyak wangi murah, ini memang syurga cuti anda.

suasana pasar malam perda penang

Kredit : uptownperda

Kalau anda datang masa bulan puasa menjelma, makin sesak pasarnya. Sebab bukan sahaja ada tudung dan baju raya, tapi juga kawasan gerai makanan dan buah.

Kalau lenguh, tak ada masalah, ada saja servis urut kaki sepanjang kawasan ini.

Untuk anda yang ada bukan mencari barang, dan cuma mahu cuci mata, fikir dua tiga kali sebelum datang.

Bukan apa, parking kat sini memang susah.

Waktu Operasi

Setiap Hari : 6 malam ke atas

JomJalan Seluruh Penang

Layan senarai tempat tarikan best di Penang
Tidur kat hotel terbaik Penang
Promo hotel, tarikan Penang
Makan kat kedai makan sedap Penang
Jomjalan