KEJIRANAN KONSULAT
Pinggir KLCC
Terletak di kawasan kejiranan konsulat luar negara, Villa Samadhi memberikan suasana resort yang damai walaupun dekat dengan pusat bandar.
Kedudukannya ini membolehkan anda mudah ke tarikan utama tapi masih mendapat ketenangan dan privasi semasa cuti.
Untuk ke KLCC atau Bukit Bintang cuma perlukan perjalanan singkat sekitar 15 minit berkereta.


RESORT DALAM KOTA
Gaya Tropika
Resort dalam bandar ini khas untuk dewasa sahaja — membolehkan anda berehat dengan aman bersama yang tercinta.
Setiap bilik anda bukan sahaja luas , tapi dihias dengan ukiran dan hiasan kayu yang membawa elemen tradisi Timur.
Kolam renang di sini juga direka seakan lagun semula jadi mengelilingi villa, dengan beberapa bilik mempunyai akses terus ke kolam, membolehkan anda berenang terus dari balkoni.