SUNGAI PANJANG
Sesuai Utk Semua
Kalau anda sampai di Sabah dan merasa nak berakit-rakit dahulu apa kata anda ke Sungai Kiulu?
Kat sini bukan sahaja anak remaja, bapa dan ibu boleh berseronok berakit-rakit tapi anak seawal usia enam tahun pun boleh berseronok. Sebabnya satu.
Sungai Kiulu ini airnya tenang kalau dibandingkan dengan sungai-sungai lain yang dibuat untuk water rafting.
Yang bagus lagi sungai ini memang panjang.


LAYAN SUASANA
Macam Orang Asal
Jadi selain boleh berseronok berakit anda dan anak boleh juga melayan panorama tepi sungai yang mungkin ada binatang liar.
Sungai yang terkenal sebagai sungai terpanjang di Borneo untuk berakit ini diletak sebagai sungai gred 1 dan 2 ( maksudnya ia sesuai untuk orang yang baru belajar).
Dan trip anda dalam sungai bakal selama 1 jam setengah ke 2 jam bergantung pada keadaan sungai.
Kalau anda mahu lebih seronok, anda juga ada pilihan untuk buat body rafting iaitu anda terapung dalam air dengan jaket keselamatan. Apa-apa pun tanya instructor anda.
Sungai-sungai memang seronok tapi kita kena sentiasa berhati-hati.
Sesuai utk xtvt keluarga, jangan risau kalau tak pandai berenang..
next time nak overnight kat homestay sana..family dpt mandi puas2 dgn sejuk air sungai..
Tempat best Boleh hang out and bbq with family, klu mau mandi sungai lama Sewa keta lagi bagus sbb klu ikut bas pelancong dia kejar time dia, rafter sna pun friendly, cri Jerimiah (caca) legend d sna Tu ,