SPESIES RARE
Monyet Belanda
Weston River Cruise ini adalah antara river cruise yang paling istimewa di Sabah.
Sebabnya bukan sahaja anda boleh naik bot sambil melayan angin sungai tapi juga anda boleh tengok macam-macam binatang yang ada kat pinggir sungai.
Antara binatang paling istimewa dalam river cruise ini ialah monyet Belanda, ataupun nama saintifiknya Proboscis Monkey.
Monyet dengan hidung besar dan bulu berwarna emas ini cuma ada di kepulauan Borneo.
Dan selain orang utan, ia juga ikon kepulauan ini.


LAMA
Pekan & Hutan
Weston juga sangat unik sebab ia ada hutan paya nipah.
Hutan ini dikatakan sudah wujud lebih daripada 70 juta tahun dulu, menjadikannya salah satu hutan paling tua dalam dunia.
Kawasan ini juga ada pemandangan matahari terbenam antara yang tercantik di Sabah sebab ia dekat dengan garis Khatulistiwa.