KEBUN BUNGA
Orkid Terbesar
Suka bunga? Sejukkan mata kat kebun bunga orkid bulan terbesar Malaysia.
Untuk anda yang suka bunga orkid, kebun orkid bulan kat Ulu Yam ini memang tempat best kalau anda dalam perjalanan nak naik Genting.
Tempat ini tak dibuat kat tanah tinggi macam Cameron.
Jadi tak sejuk macam kat sana.
Dan lokasinya pun dalam kawasan kampung sini.


SEJUK & HIJAU
Orkid Bulan
Tapi disebabkan tempat ini penuh orkid bulan, dan ada cafe untuk anda layan kopi dalam suasana hijau dan berwarna-warni, memang tempat yang best untuk anda pergi kalau dah bosan layan mall.
Dalam tempat ini anda boleh pusing tengok dan beli orkid.
Dan kalau nak pasu cantik, boleh juaga beli pasu untuk orkid yang anda nak bawa pulang.
Dan ramai juga yang datang khas untuk lepak santai minum kopi sambil bergambar.
Dan disebabkan orkid perlu cuaca yang sejuk untuk berbunga, tempat ini ada aircond.
Jadi tak cair makeup itu kalau nak snap banyak gambar.
BAGI MAKAN
Itik dan Ikan
Ada juga itik dan ikan kat kolam di kawasan ini kalau anda bawa anak-anak.
Mereka boleh beri binatang itu makan.
Tempat ini agak terperuk sikit, dan dekat dengan kawasan perumahan.
Jadi memang kena hati-hati tengok signboard.
Takut terlepas atau brek mengejut.
Dan kalau yang tak suka anjing, maaflah, tempat ini ada juga anjing penjaga.
Cuma ia jinak dan tak ada nak menggigit.

Review
Jadi yang pertama beri review