X Park Sunway Iskandar

RM40.00

(4 review)

Datang cuti kat JB dengan kawan atau famili? Jom naik ATV kat sini.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
2 – 4 jam
Harga Tiket
Harga berbeza mengikut aktiviti. Contohnya RM 40 utk ATV dan RM 25 utk paintball (target practise)
Lokasi
Jalan Medini Selatan 2, Medini Zone F, Bandar Medini Iskandar, 79250 Iskandar Puteri, Johor.

UTK FAMILY

Banyak Aktiviti

Untuk yang datang ke JB sebab bercuti dan juga nak buat bonding activities, X Park kat Sunway Iskandar ini ada banyak pilihan aktiviti.

Kat sini, yang kaki golf boleh asah skill kat driving range sementara isteri anda berseronok naik Go-Kart, naik ATV ataupun berkayak pusing tasik.

Nak tambah ekstrim, boleh naik motor scrambler ataupun masuk dalam kolam dan layan ikan dengan Aquawalk.

x park sunway iskandar

x park sunway iskandar

TERBESAR

Dalam Msia

X Park ini ada kat beberapa tempat dalam Malaysia.

Tapi selalunya dekat dengan tempat milik syarikat Sunway, macam Lost World of Tambun ataupun Sunway Lagoon.

Cawangan yang ada kat kawasan Iskandar Johor ini antara X Park paling besar yang ada dalam Malaysia.

Kalau nak main yang santai-santai, boleh juga book gelanggang untuk main futsal, memanah ataupun sewa paddle boat untuk keliling tasik.

Nak super santai? Memancing pun boleh bang.

Tips Pelawat

  • Tak semua tarikan boleh anak anda cuba. ATV contohnya hanya untuk 18 tahun ke atas.
  • Park ini baru dibuka sekitar pertengahan 2019. Mungkin tak semua aktiviti yang ada dibuka sekaligus.
  • Tempat ini ada kawasan glamping untuk yang mahu tidur kat dalam kawasan ini.

Tarikan Berdekatan

X Park ini sebenarnya tak jauh dari Legoland, Sealife dan juga Puteri Harbour.

Kalau nak tengok kawasan pentadbiran baru Johor, boleh juga masuk dan tengok Kota Iskandar.

4 review utk X Park Sunway Iskandar

4.5
Berdasarkan 4 review
5 bintang
75
75%
4 bintang
0%
3 bintang
25
25%
2 bintang
0%
1 bintang
0%
1-4 dari 4 review
  1. Masa pergi dapat main go kart je. Sebab time tu ada event. Tapi it’s okay, nak kena pergi lagi. Sebab macam best je. Go kart best best best! Ticket tak boleh booking, kena walk in je. So, 1st come 1st serve โœŒ๐Ÿฝ

    (0) (0)
  2. Tempat yang sesuai untuk bawa anak2, tapi kart tu dah boleh upgrade kot. I dapat yang susah nak control dia punya stering tu.

    (0) (0)
  3. Best gila lagiยฒ yg extreme macam go kart & KTV
    Layanan dan servis terbaik ,stuff semua sportrim gila

    (0) (0)
  4. Skali skala bole la dtg main hilangkan borring๐Ÿคญ dtg hari biasa x ramai otg, weekend maybe kena tggu turn

    (0) (0)
Masukkan ulasan
X Park Sunway Iskandar X Park Sunway Iskandar
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)