Isi Kandungan :
Biasanya abang kena kejar zombie dalam phone saja. Tapi kat rumah hantu Genting ini, boleh rasa masuk dalam kawasan zombie dan rasa kecutnya jumpa zombie berdepan sendiri.
Bila masuk kat kawasan Zombie Outbreak ini, memang ada mula seram. Sebab kawasan masuk sahaja pun dah macam dalam movie — terbiar, tunggang langgang dan macam baru lepas kena serang.
Dari sini anda akan masuk ke kawasan gelap rumah hantu Zombie Outbreak. Dan lalu dari satu kawasan ke kawasan lain yang kadang-kadang terbiar, kadang-kadang ada zombie kat tepi.
Ada zombie prop, dan ada juga zombie manusia betul.
Untuk cik kak sekalian, peluang menjerit itu memang sah ada.
Dan ingat, rumah hantu ini sehala. Jadi sekali masuk, tak ada patah balik melainkan lalu sahaja semua zombie yang ada.
Waktu Operasi
Setiap Hari : 10 pg – 10 mlm
Harga Tiket
Hari Biasa (RM) | Hujung Minggu (RM) | |
---|---|---|
Beli Pass Diskaun (5 Dalam 1) | ||
Pass 5 dalam 1* | 75 | 75 |
Tiket Zombie Outbreak | 23 | 23 |
*Pass 5 dalam 1 membolehkan anda masuk ke Zombie Outbreak dan 4 tarikan lain |
Tips Pengunjung
Kalau anda nak layan rumah hantu tapi tak mahu ke Genting, jangan lupa yang Sunway Lagoon pun ada satu. Dan masa Halloween, memang ada event khas Halloween tiap-tiap tahun kat situ.
Lokasi
Tingkat 4, Sky Avenue Genting