Isi Kandungan :
Di Zoo Bali, haiwan-haiwan kecil dan jinak dibiar berkeliaran di taman yang dipenuhi pokok. Jika memberi makan binatang seperti kambing, arnab dan gajah belum cukup, anda juga berpeluang memberi makan singa, harimau dan buaya.
Walau bagaimanapun, jika anda ingin ke sini, pastikan anda bawa wang yang banyak. Bukan apa, anak anda mungkin teruja menunggang gajah atau memberi makannya. Dan kosnya bukan murah. Kos menunggang gajah selama 30 minit mungkin sama dengan harga tiket kapal terbang anda ke sini!
Maklumat Pengunjung
1. Jika anda tiada kenderaan ke sini, terdapat pelbagai pakej disediakan, lengkap dengan pengangkutan pergi balik ke zoo ini dan makan tengahari. Pakej bermula dari USD 33
2. Harga untuk bergambar dengan binatang cukup mahal. Bermula dari USD 16 sekeping.
Waktu Operasi
Setiap Hari : 9pg – 9:30 mlm
Tiket Masuk
Dewasa : USD26
Kanak-kanak : USD 13
Kredit :Tillti