MINI ZOO
Haiwan Borneo
Datang sini kalau anda mahu anak-anak melihat sendiri binatang di Borneo tanpa perlu masuk ke hutan Sabah.
Zoo ini kecil, tapi dalam kawasan kecil ini masih ada gajah, harimau dan monyet-monyet yang terkenal ada di kawasan Borneo (seperti proboscis dan orang utan).
TIKET MURAH
Di Msia
Kalau anda pernah ke zoo lebih besar (macam Zoo Negara atau Melaka) anda mungkin kecewa dengan saiznya dan keadaan kemudahan yang tak terjaga.
Tapi haiwan-haiwan kat sini, antara yang paling sihat antara zoo Malaysia yang ada.
Harga tiketnya juga sangat murah dibandingkan dengan tempat seumpamanya.
Semasa lawatan,hujan turun tidak berhenti,agak sukar tapi pengalaman yang berharga.Keadaan binatang2 yg biarpun sihat tapi seperti kesunyian.
Pihak zoo perlu lebih prihatin pada emosi binatang2 peliharaan ini.Semoga pihak zoo dapat lebih sumbangan demi kelangsungan hidup binatang2 d sini.
Sesuai bawa kanak-kanak mengenal haiwan. banyak haiwan tapi bayaran tersangat murah.
Anak saya 2 tahun sangat teruja melihat gajah, harimau, burung, orang utan, rusa tengah beranak, ular dll. akan datang lagi jika ada rezeki ke Sabah
Harga berpatutan dewasa Malaysian RM10, kanak-kanak RM5 saja.
Datang la jam 10am atau jam 2pm boleh tengok aktiviti pemberian makanan haiwan.
Jauh berjalan nie, pakai pakaian sesuai longgar/serap peluh & kasut tapak rata/kasut sukan supaya selesa.
Pergi masa bulan puasa, kurang orang. Ada tourists saja ramai. Seronok sebab boleh nikmati tempat ini.
Boleh la sediakan air/makanan ringan untuk isi perut atau pakai stroller untuk kanak-kanak.
Harga ticket murah hanya rm10 tapi tidak banyak haiwan yang ada disini, pusing habis 30minit saja.
Banyak tempat masih under maintenance
Kalau boleh upgrade lagi untuk menarik pelancong
Best animal show. Ada si burung enggang, ular sawa dan tedung, serta jimmy the binturong. Resentator pun best 👍🏼.
Cuma banyak cage yg kosong mgkn haiwan tidur sebab kami datang waktu petang. Overall best experience for the kids👍🏼👍🏼