dinasour di zoo melaka

Kredit : dinosaur_encounter

Zoo Melaka

Tempat menarik di Melaka ini ada harimau malaya dan dinasour juga. Hujung minggu, ada night safari pula.

Harga Tiket Walk-InDewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)Warga Emas (RM)
ZOO MELAKA
Warganegara383131
Pelancong Asing815981
Beli Tiket Murah Zoo Melaka
NIGHT SAFARI
Warganegara383131
Pelancong Asing815981
Beli Tiket Murah Night Safari
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 1 Sep 2023

Apa Yang Ada Di Sini?

Dinosaur World

Ini tarikan baru yang ada dalam Zoo Melaka mulai tahun 2021.

Dalam kawasan seluas 5 ekar ini anda akan jumpa 100 ekor dinasour.

Ada yang duduk diam, ada yang boleh bergerak. Yang bagus lagi, saiz dinasour yang ada kat sini memang saiz asalnya.

dinasour encounter zoo melaka

Harga tiket nak ke sini memang sudah dikira sekali dengan tiket masuk.

Kalau ada anak mungkin masa kat sini lama.

Lagipun dengan jumlah dinasour yang ada, ini antara tempat pameran haiwan purba antara terbesar kat Asia Tenggara.

dinasour zoo melaka

Kredit : itazzizzati

Mini Safari

Kalau anda nak ke Afrika, tapi bajet cukup hanya ke Melaka, tak mengapa.

Kat sini pun tengok bintang Afrika macam zirafah, impala dan kuda belang. Dan haiwan di Zoo Melaka ini pun agak cergas sebab dibiar bergerak bebas dalam kawasan lapang.

beri makan gajah di zoo melaka

Kredit : ameliegraney

Kompleks Harimau Besar

Kompleks ini ada 2,3 spesis harimau. Dari harimau Malaya yang hampir pupus, sampai ke harimau bintang yang dibela dalam rumah kaca.

Saiz harimau di sini juga cukup besar. Memang gerun tengok.

Jangan tunjuk lagak nak acah-acah rimau. Takut harimau mengaum nak terkam, seluar anda yang basah.

harimau malaya

Zoo Melaka ini hebat bukan sahaja dalam menjaga binatang, tetapi juga hebat membesarkan anak harimau belang.

Sudah lebih 40 ekor anak harimau lahir dalam kawasan zoo.

Dan sesetengahnya dihantar ke luar negara, macam harimaunya yang bernama Mek dihantar ke zoo San Diego.

elsa - harimau putih di zoo melaka

Dan zoo ini juga ada harimau putih yang dinamakan Elsa.

Jadi walaupun ia tak ada panda macam zoo negara, ia masih ada umpphh sendiri.

Tunggang Kuda & Gajah

tunggang kuda di zoo melaka

Kredit : _nfnsa

Kalau anda ke sini masa hujung minggu, anda boleh tunggang kuda dan gajah.

Tapi ini kena bayar extra dari harga tiket. Nak menunggang, datang pukul 10 pg – 12 tgh ataupun 2 ptg – 4 ptg.

seladang di zoo melaka

Night Safari

Kalau takut panas, tapi tak takut nyamuk, ambil pakej Night Safari.

Tapi tarikan Melaka ini cuma ada pada hari Jumaat, Sabtu dan cuti sekolah saja.

Ekspedisi bermula dari pukul 8 malam.

dinasour di zoo melaka waktu malam

Lain Dari Dulu

Kalau anda pernah ke sini sekitar 2012 ke 2018, anda mesti kata Zoo Melaka tak best.

Sebenarnya, itu zaman gelap zoo Melaka. Dalam tempoh itu, kerajaan negeri memberi kontrak penjagaan Zoo Melaka dan Taman Burung Melaka kepada pihak swasta.

tiket zoo melaka - tarikan di melakaPada waktu ini harga tiket masuk ke zoo naik. Tapi dalam masa yang sama, banyak haiwan di sini mati. Ini belum termasuk ratusan yang hilang dan diberi makan kepada ular sawa.

Kontrak yang sepatutnya diberi selama 60 tahun kini telah ditamatkan. Sekarang zoo diambil alih semula oleh kerajaan Melaka.

Tarikan Berdekatan

Bertentangan dengan zoo ini ada Taman Buaya dan Melaka Wonderland. Kalau nak bersantai layan kayak, boleh sahaja bergerak ke Tasik Ayer Keroh.

Harga Tiket Zoo & Night Safari

Harga Tiket Walk-InDewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)Warga Emas (RM)
ZOO MELAKA
Warganegara383131
Pelancong Asing815981
Beli Tiket Murah Zoo Melaka
NIGHT SAFARI
Warganegara383131
Pelancong Asing815981
Beli Tiket Murah Night Safari
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 1 Sep 2023

Hotel Terbaik Berdekatan Zoo

bilik hotel ames melaka

Hotel Ames Melaka

Kategori HotelBandingkan Harga
Ames MelakaBookingAgoda
Amverton Heritage ResortBooking Agoda
MetrasquareBookingAgoda

JomJalan Seluruh Melaka

Senarai tempat tarikan best di Melaka
Hotel terbaik Melaka pilihan kami
Layan kedai makan sedap Melaka
Promo hotel, tarikan Melaka
Jomjalan