Ada Promo Online!

Tiket Zoo Negara

Original price was: RM45.00.Current price is: RM37.00.

(14 review)

Zoo Negara Malaysia ini ada satu-satunya tempat menarik yg ada panda kat dalam Malaysia. Dan ada lebih 5000 binatang yang dipelihara — dari penguin ke harimau Malaya.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
3 – 5 jam
Harga Tiket Walk-In
Harga tiket Zoo Negara secara walk-in bermula dari RM 45 untuk dewasa dan RM 21 utk kanak-kanak (warganegara Malaysia).
Lokasi
Jalan Taman Zooview, Taman Zooview, 68000 Ampang, Selangor

Add to Cart
tiket ke zoo negara membolehkan anda melihat panda. ini satu-satunya panda yg ada di Malaysia
Tiket Zoo Negara
RM45.00 Original price was: RM45.00.RM37.00Current price is: RM37.00.

SATU-SATUNYA KAT MSIA

Pusat Konservasi Panda

Superstar Zoo Negara ialah Panda dari China.

Ia adalah haiwan paling mahal untuk dipelihara di mana-mana zoo di dunia.

Seperti zoo lain di dunia, kita menyewa panda pada kadar sekitar USD 1 juta setahun.

Kos memberi makan panda juga hampir sama seperti kos semua binatang lain dikumpulkan.

Pendek kata, kalau dah ke Zoo Negara, jangan tak tengok anak emas semua zoo dunia ini.

dua ekor panda sedang makan di zoo negara
harimau malaya sedang berehat di zoo negara malaysia

ZOO LUAS

Pelbagai Spesis Haiwan

Dengan keluasan seperti 55 padang bola, Zoo Negara adalah antara zoo terbesar kat Malaysia.

Ia ada lebih 470 spesis haiwan yang dikumpulkan di dalam 15 kawasan pameran.

Anda boleh tengok kangaroo dan penguin sampailah ke orang utan dan haiwan tempatan yang hampir pupus di dunia, iaitu harimau Malaya.

Kalau setakat burung kakak tua, memang tiada masalah. Dan kalau nak bergambar dengan ular dan kuda kecil pun senang saja.

DUNIA SAVANNAH

Seperti Afrika

Bagi anda yang nak merasa tengok haiwan macam safari kat Afrika, masuk dunia Savannah.

Kat sini haiwan dibiarkan berkeliaran dalam kawasan lapang dan terbuka yang hampir sama dengan habitat mereka.

Tapi kawasan ini panas.

Bersedia dengan topi atau payung kalau musim hujan tiba.

sekawan zirafah sedang berkumpul di dunia savannah zoo negara

Tiket Zoo Negara

Harga Tiket Promo Zoo Negara Malaysia

Promo Online
Potongan Harga
15%Tempah
7%Tempah
Zoo Negara10%Tempah

Harga Tiket Walk-In

Harga Tiket (RM)DewasaKanak2
Warganegara4521
Pelancong Asing9348
Harga walk-in dikemaskini sehingga : 3 Feb 2025

Tips Pelawat

  • Sediakan payung, pakai topi dan suncreen.
  • Pakai kasut sukan atau yang selesa. Anda akan berjalan di dalamnya sekitar 3 jam / 7500 langkah.
  • Sediakan wang untuk tambang tram jika anda datang dengan warga emas atau anak kecil.
  • Bawa kipas mini untuk anak jika ada.
  • Tumbler yang diisi air sejuk/ berais yang dibawa dari rumah akan jimatkan wang dan masa.
  • Beli tiket secara online untuk lebih murah.
  • Untuk dapat tiket percuma, datang pada waktu hari lahir.
  • Datang awal pagi supaya tak panas sangat nanti. Untuk lari masuk ke kawasan ber air-cond, pergi ke panda center atau berehat makan di The WILD restaurant.

Program Sukarelawan

volunteer zoo negara dengan giant tortoiseKalau anda nak merasa jadi penjaga zoo untuk sebentar, anda boleh masuk ke program Keeperku. Ini antara perkara yang anda perlu tahu tentang sukarelawan zoo:

  • Umur sukarelawan mesti 16 tahun ke atas.
  • Program dibuka untuk slot separuh hari atau 1 hari penuh.
  • Dibuka hanya setiap hari Jumaat โ€“ Isnin.
  • Perlu ditempah 14 hari lebih awal.
  • Perlu membayar yuran sekitar RM 35++

Syarat penuhnya boleh dirujuk di sini dan di sini.

Pertunjukan Haiwan

animal show zoo negara malaysiaUntuk anda yang bawa anak kecil, pertunjukan haiwan antara aktiviti yang menarik untuk anda bawa mereka.

Jadi pastikan anda plan untuk sesuaikan masa datang anda dengan timing animal show.

Info di bawah tepat hingga 9 Februari 2024 :-

  • Tiada show setiap Jumaat (kecuali semasa cuti sekolah/ cuti umum)
  • Show setiap Sabtu hingga Khamis.
  • Hanya pada pukul 11 pagi dan 3 petang.

Bermalam di Zoo

zoo negara Untuk pelajar sekolah/ pekerja syarikat yang nak bermalam atau berjalan dalam zoo waktu malam, boleh join program Zoo Camp.

Program ini 2 hari 1 malam dan akan ada animal show selain peluang melihat haiwan kat sini pada malam hari.

Ini antara maklumat lain tentang program ini :

  • Minima 50 pax
  • Umur minima 3 tahun
  • Tidur dalam khemah
  • Sarapan, makan malam dan supper disediakan.

Sila email customerservice@zoonegaramalaysia.my untuk info lanjut.

Alternatif Lain

ย 

14 review utk Tiket Zoo Negara

3.9
Berdasarkan 14 review
5 bintang
35
35%
4 bintang
35
35%
3 bintang
21
21%
2 bintang
0%
1 bintang
7
7%
1-5 dari 14 review
  1. Zoo negara perlukan lebih tajaan, selenggara dan baik pulih supaya lebih menarik dan cantik untuk menarik pelancong dari dalam dan luar negara.

    Secara keseluruhan kemudahan yang di sediakan adalah baik dan memuaskan.

    (0) (0)
  2. Harimau, singa & dinosaur tiada. Badak sumbu, gajah, zirafah, zebra & lain2 ada lagi, birthday girl @ boy free ticket

    (0) (0)
  3. Ok. Boleh di improve

    Tickets boleh beli walk in

    Birthday month free tapi 30hari dari your date birthday ya..

    Animal pun ok.. parking pun ok , nak dekat parking kena datang awal ya.

    (0) (0)
  4. Datang untuk claim tiket birthday free. Make sure datang AFTER dari tarikh birthday. Saya park dekat Parking B. Datang around pukul 11pagi

    Kaunter kat situ dia sekalikan dgn org yg beli tiket walk in and org yg nak redeem birthday ticket. So mmg panjang gila beratur. Ingatkan ada kaunter A dan B macam yg kat tiktok bagitahu. Cecah sejam juga. Tempat duduk limited

    Kalau beli online tak silap ada kaunter dia sendiri untuk redeem, yg ni tak panjang sangat beratur.

    (0) (0)
  5. Datang jauh jauh dari Melaka langsung tak dapat claim tiket birthday.

    Sebab katanya last 07/11/2024 bukan 08/11/2024 yang tukang reply salah kira hari.

    So? Salah dari pihak saya ke kalau staff awak salah kira? Saya gigih gerak 5 6 pagi dari Melaka sebab nak claim senang je cakap oh staff salah kira.

    Minta maaf pun takde. Ingat kita saja saja ke amik cuti weekday untuk datang?

    What a waste time. Nanti nanti lah aku support. Menyusahkan orang. Staff tak consider langsung.

    (0) (0)
Masukkan ulasan
Tiket Zoo Negara Tiket Zoo Negara
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)