Zoo Singapore

Siapa sangka negara sekecil dan semoden Singapura boleh membina sebuah zoo bertaraf dunia di dalam hutan hujan tropika.

tarikan singapore - beri makan gajah di zoo singapura

Berbangga dengan jumlah orang utan terbesar di dunia yang dipelihara di dalam sebuah zoo, tarikan yang dibina pada 1973 ini bukan sahaja mempunyai haiwan dari Asia dan Afrika malah mempunyai beruang kutub untuk tontonan pengunjung.

Walaupun saiznya separuh dari Zoo Negara Malaysia, Zoo Singapura menjanjikan pelbagai kelainan. Jika anda belum makan pagi sebelum ke sini, anda boleh bersarapan dengan orang utan dengan sajian ala Inggeris di Ah Meng Restaurant (9 pg – 10:30 pg). Pakej untuk dewasa bermula dari SGD32 (~RM97.56) seorang.

tram di singapore zoo tour zoo singapuraSelain itu, jika kebanyakan zoo lain meletakkan haiwan mereka di kawasan tertutup, banyak haiwan di sini dibiar berkeliaran di dalam kawasan yang boleh anda masuki. Jadi anda boleh memberi makan kangaroo dari tapak tangan anda atau melihat monyet lemur dari jarak dekat di kawasan zoo yang redup dan hijau.

Mereka yang membawa anak kecil juga boleh berehat sambil anak-anak bermain air di kolam randuk yang disediakan di dalam zoo atau membiarkan mereka menunggang anak kuda menelusuri denai bersama seorang pelatih. Tunggangan bermula dari SGD6 (~RM18.29).

 

Tips Pengunjung

  1. Bersedia untuk membayar harga yang mahal untuk makanan dan minuman. Contohnya air mineral berharga SGD4 (~RM12.19) ke atas. Bersedia juga untuk membayar lebih dari tiket masuk kerana tarikan/kemudahan lain berbayar.
  2. Cuba rancang untuk datang pada hari biasa dan beli tiket secara online. Oleh kerana ia popular, zoo ini selalunya sesak pada hujung minggu.
  3. Anda tidak perlu mengambil pakej ke River Safari yang berhampiran kerana tarikannya tidak semenarik seperti yang di war-warkan.

singapore zoo

Harga Tiket

Kanak-kanak bawah 3 tahun masuk percuma

 Dewasa (SGD)Kanak-Kanak (SGD)Warga Emas (SGD)
Pelancong Asing33.3022.5033.30
Warga Spore31.4521.2517.00
Beli Tiket Diskaun →

Beli Online

Beli Online
singapore zoo
Zoo & Taman
Zoo Singapore
Beli tiket ke Spore Zoo secara online di sini.
Beli tiket ke Spore Zoo secara online di sini. Show Less

Waktu Operasi

Setiap Hari : 8:30 pg – 6 ptg

Apa Lagi Yg Best Kat Singapore?

Tempat menarik lain kat Spore
Promosi tarikan & flight ke Spore