ZOO PERTAMA MALAYSIA
1 300 Ekor Haiwan
Dibuka beberapa tahun selepas merdeka, Zoo Taiping ada lebih 1,300 ekor haiwan di dalam kawasan lebih 30 ekar.
Selain merupakan zoo pertama Malaysia, ia juga pelopor Night Safari di negara ini.

RM16.00
Ingin merasai suasana zoo tertua di Malaysia? Jika ya, datanglah ke Zoo Taiping yang dibina di kawasan Tasik Taiping ini.
Anggaran Masa Utk Aktiviti
Harga Tiket
Lokasi
ZOO PERTAMA MALAYSIA
Dibuka beberapa tahun selepas merdeka, Zoo Taiping ada lebih 1,300 ekor haiwan di dalam kawasan lebih 30 ekar.
Selain merupakan zoo pertama Malaysia, ia juga pelopor Night Safari di negara ini.
Harga Tiket (RM) | Dewasa | Kanak2 |
---|---|---|
Tiket Zoo | 16 | 8 |
Night Safari | 20 | 10 |
Buggy | 10 | 6 |
Mini trem | Percuma | Percuma |
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 2 Jan 2024 |
Berbeza dengan Zoo Negara yang hanya akhir-akhir ini sahaja giat membuat konsep zoo terbuka, Zoo Taiping memang telah sekian lama tidak meletakkan haiwannya di dalam sangkar.
Di sini, kebanyakan haiwan diletak dalam habitat besar ia sendiri dan bebas bergerak dalam lingkungan yang luas.
Kawasan sungai, paya dan tasik juga dibiar melalui kawasan zoo, menyebabkan zoo ini terasa semulajadi.
Kalau anda bernasib baik, anda akan dapat melihat ikan-ikan air tawar yang besar dan menggerunkan di kawasan ini.
Zoo ini juga sejuk kerana ia dipenuhi pohon–pohon besar.
Cuma jaga-jaga kerana pohon tinggi ini merupakan tempat tinggal haiwan-haiwan seperti kera dan tupai.
Jika anda mahu melihat haiwan bergerak lebih aktif dan tidak kisah membayar lebih untuk tiket masuk, Night Safari Zoo Taiping mungkin sesuai untuk anda.
Cuma jika anda ke sini pada waktu malam, anda tidak dibenarkan menggunakan flash kamera atau lampu suluh.
Kasihanlah kepada haiwan-haiwan ini.
Setiap Hari : 8:00 mlm – 11 mlm
* harga mungkin lebih rendah untuk kumpulan dan pelajar sekolah
Setiap Hari : 8:30 pg – 6 ptg
Review
Jadi yang pertama beri review