Tempat Menarik di Cameron Highlands

Cameron Highlands memang port terbaik kalau nak lari dari panas—udara sejuk, view segar, memang syok habis!

Nak chill? Singgah kat ladang teh sambil layan view atau petik strawberi segar di kebun. Untuk family, explore Cameron Lavender Garden dan The Sheep Sanctuary, dan pencinta alam boleh hiking di Mossy Forest atau mandi kat Lata Iskandar.

tarikan cameron - cameron highlands tea plantation

Memperlihatkan semua 33 hasil

Memperlihatkan semua 33 hasil

Tempat Menarik di Cameron Highlands

Loader image

Untuk anda yang pertama kali ke sini, antara tempat waji lawat di Cameron Highlands termasuklah Ladang Teh Boh, Taman Agroteknologi MARDI, dan pasar malam Goldenhill.

Untuk yang berduit extra, anda boleh masuk ke banyak ladang strawberri kat sini untuk merasa pengalaman memetik strawberry.

Bila kat Cameron, pergi juga ke Kampung Sedia untuk makan-makan (scones dan lauk pauk berasaskan strawberry) dan tengok kebun strawberri orang Melayu.

Anda boleh petik strawberi segar di ladang-ladang seperti Big Red Strawberry Farm atau Raju’s Hill Strawberry Farm.

Kalau nak kebun strawberri orang Melayu (lebih kecil tapi ada cafe) anda boleh pergi ke Taman Sedia.

Kat Cameron, ada beberapa tempat menarik untuk bawa anak.

Kalau tak takut sejuk, dalam perjalanan naik ke Cameron dari Tapah, ada Lata Iskandar untuk mereka berendam.

Untuk pegang dan beri makan binatang, ada beberapa kawasan petting zoo yang boleh anda lawat.

Untuk kambing biri-biri, ada The Sheep Sanctuary.

Untuk binatang lain, ada Greenview Garden sampailah ke mini zoo di Zootopia yang ada haiwan dalam dan luar negara,

Dan kalau malam, ada permainan ala mini funfair di tepi Cameron Square untuk anda habiskan masa.

Tapi kalau setakat tarikan yg mesra kanak-kanak, anda boleh lihat senarainya di sini.

Bila malam, anda boleh ke Pasar Malam Brinchang untuk beli makanan gerai dan jagung panas. Cuma anda kena datang awal sebab jalan bakal sesak dan parkingnya payah.

Untuk anda yang nak ke tempat menarik malam lebih mudah, anda boleh ke Cameron Centrum untuk makan dan bergambar di mall ini.

Bagi mereka yang kaki makan pula,  aktiviti malam mereka selalunya ialah layan steamboat beramai-ramai dengan keluarga.

Kalau nak pengalaman lebih tenang, kami sarankan anda layan teh panas di kafe-kafe Tanah Rata yg ada pemandangan malam Cameron Highlands.

Kat ladang teh Boh, anda boleh layan pemandangan ladang teh yang menghijau, tengok kilang pemprosesan teh, dan makan sarapan sambil menikmati udara segar.

Tempat ini juga menjadi lokasi popular untuk bergambar.

Untuk memori, tempat bergambar dan OOTD ada beberapa lokasi yg popular :

Percuma

Berbayar

Cameron Highlands ada hutan lumut Mossy Forest serta Coral Hill yang unik dan menyeronokkan untuk teroka.

Selain itu, anda juga boleh ke Robinson Falls, Lata Iskandar dan Parit Falls untuk tengok air terjun. Itu pun kalau kulit cukup tebal.

Untuk yang nak rasa berkhemah dalam suasana sejuk, ada Kem Sungai Pauh untuk anda tempah dan pacak khemah.

Ada beberapa pilihan.

Anda boleh ke Pasar Malam Brinchang dan Pasar Kea Farm untuk beli hasil segar seperti sayur-sayuran, strawberi, madu, dan bunga.

Untuk strawberri putih, anda boleh ke S Corner.

Farmers Arcade pula ada cenderamata kecil seperti cactus kalau anda tak suka bersesak dengan manusia.

Cara terbaik adalah dengan memandu kenderaan sendiri untuk layan pemandangan dan berhenti di pelbagai tarikan.

Tapi kalau anda nak kurangkan masa tersangkut jem, anda juga boleh sewa motor.

Untuk ke tarikan di kawasan yang memandu memang mencabar (macam Mossy Forest) anda sepatutnya ikut lawatan berpandu dengan kenderaan 4x4.