Tempat Menarik di Langkawi

Langkawi ni memang port cuti padu! Dari nature yang best, tarikan menarik, sampai shopping bebas cukai, semua ada.

Nak thrill? Try SkyCab naik ke Gunung Mat Cincang. Nak rileks? Lepak je kat Pantai Cenang. Lagi syok, jangan lupa grab tiket diskaun—dapat enjoy lebih, bayar kurang!

tarikan langkawi island hopping

Ini 45 drpd 49 semuanya

Ini 45 drpd 49 semuanya

Cari Tempat Best Kat Langkawi

Loader image

Langkawi ada banyak tarikan popular.

Tapi kalau anda pertama kali datang. yang wajib anda lawat termasuklah Kereta Kabel Langkawi dan Langkawi Sky Bridge dan naik bot untuk ke Tasik Dayang Bunting (melalui Island Hopping).

Kalau nak bersiar-siar, anda boleh layan Pantai Cenang dan Dataran Lang.

Kat sini anda boleh ambil gambar dan berjalan di sepanjang jambatan kacanya.

Dan kalau anda ambil trip yang petang, Sky Bridge juga jadi tempat best untuk layan matahari terbenam.

Selepas atau sebelum naik Langkawi Cable Car, anda boleh ronda kawasan Oriental Village untuk beli cenderamata dan makan-makan.

Kat tempat yang sama juga ada Muzium 3D dan Mat Chinchang Petting Zoo  untuk yang datang dengan family.

Tak jauh dari Oriental Village ini pun ada Telaga Harbour untuk anda layan view pelabuhan dan bergambar untuk memori.

Ya, anda boleh naik bot dan buat island hopping ke Pulau Dayang Bunting, Pulau Singa Besar, dan Pulau Beras Basah.

Kalau anda boleh dapatkan permit, anda boleh layan snorkeling di Pulau Payar. Cuma permit terhad dan waktu buka Pulau Payar pun hanya pada bulan-bulan tertentu.

Untuk yang nak ber aktiviti, ada Pulau Paradise 101 untuk main jet ski, parasailing dan zipline.

Kalau anda nak ke Thailand, sebenarnya anda boleh juga ke pulau Koh Lipe dari Langkawi.

Tempat naik feri/bot laju ialah di marina Telaga Harbour.

Kilim Karst Geoforest Park adalah destinasi terbaik untuk pencinta alam.

Anda boleh menaiki bot menyusuri kawasan paya bakau, tengok helang makan, dan layan keindahan formasi batu kapur.

Untuk yang cergas, ada Air Terjun Telaga Tujuh utk anda daki dan berenang dalam kolam-kolam semulajadinya.

Untuk aktiviti keluarga, anda boleh ke Underwater World Langkawi di Pantai Cenang.

Taman Buaya Langkawi pun tarikan unik untuk pengalaman melihat buaya secara dekat.

Pada waktu malam, anda boleh bersantai di tepi Pantai Cenang sambil ambil angin laut, makan makanan di food truck dan shopping di gerai-gerai tepi jalannya.

Alternatif lain ialah pasar malam Langkawi. Pasar ini ada di lokasi berbeza setiap malam.

Untuk yang berduit, anda boleh ke Dream Forest Langkawi untuk layan suasana hutan dan masuk ke alam penceritaan kisah dongeng masyarakat setempat.

Kalau cerita sejarah, anda boleh ke Kilim Geoforest dan tengok formasi batuan yang ada di zaman pra sejarah.

Yang nak tahu kisah sejarah/lagenda pulau ini boleh ke Makam Mahsuri.

Dan kalau nak tengok hadiah-hadiah yang diterima oleh seorang perdana menteri, boleh ke Galeri Perdana masa kat sini nanti.

Untuk anda yg mencari info rasmi tentang tempat tarikan best di Langkawi, anda boleh lawat laman web LADA, Naturally Langkawi, Kilim Geoforest Park atau Malaysia Travel Org.

Ya,

Antara tempat menarik percuma kat Langkawi termasuklah Laman Padi, Dataran Helang dan Kompleks Kraf Langkawi.

Ini senarai tempat menarik yg free kat pulau ini.