(UPDATED) Senarai Tempat Menarik Langkawi Terkini 2019


Antara Tempat Menarik Langkawi 2019 Ini -- Yang Mana Yang Hangpa Nak Pi?

1 Kereta Kabel Langkawi

Naik kereta kabel Langkawi ini memang gerun dik. Tapi wajib juga naik sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

tempat menarik langkawi- kereta kabel
  • RM 40
  • Ada Diskaun

2 Island Hopping

Dengan trip island hopping, anda bakal naik bot ke beberapa tarikan menarik Langkawi

Island Hopping - aktiviti menarik di langkawi
  • RM 50
  • Ada Tour

3 Underwater World Langkawi

Underwater World Langkawi di Pantai Cenang ini bukan saja ada ikan, tapi juga penguin.

Underwater World Langkawi - tempat menarik utk kanak-kanak di langkawi
  • RM 36
  • Ada Diskaun

4 Pantai Cenang

Tempat menarik Langkawi ini khas untuk anda tengok senja berlabuh, shopping souvenir atau makan-makan.

Pantai Cenang - kawasan pantai wajib tuju di langkawi
  • Tarikan Percuma

5 Muzium 3D Langkawi

Anda kaki selfie? Tarikan terbaru Langkawi ini memang untuk anda.

3d langkawi whale- tempat menarik untuk selfie/ bergambar di pulau langkawi
  • RM 30

6 Galeria Perdana

Nak lihat hadiah dari pembesar-pembesar negara kepada Tun Dr. Mahathir? Ini tempatnya.

Galeria Perdana - tempat mesti lawat di langkawi
  • RM 5

7 Kompleks HIG

Apa guna datang ke Langkawi kalau tak shopping dari pagi? Untuk itu, anda wajib anda tuju Kompleks HIG.

shopping di kompleks hig langkawi
  • Tarikan Percuma

8 Tropical Sunset Cruise

Jom tengok matahari terbenam dari kapal kecil, sambil kita redah ombak Langkawi.

Tropical Sunset Cruise - aktiviti best yang boleh dibuat di langkawi
  • RM 260
  • Ada Diskaun

10 Umgawa Zipline

Mahu lihat hutan Langkawi? Apa kata anda masuk ke Gunung Raya dengan Langkawi Canopy Adventure?

langkawi zipline dengan umgawa - tempat aktiviti lasak pulau langkawi
  • RM 240
  • Ada Diskaun

11 Pulau Payar

Nak mandi dengan ikan berwarna-warni kat sekeliling anda? Kalau bajet lebih, boleh layan pakej snorkeling kat sini.

pulau payar dengan keluarga tepi pantai snorkeling
  • RM 230
  • Ada Tour

12 Island Horses

Mahu naik kuda di tepi pantai? Atau ke dalam hutan? Jom terjah Island Horses Langkawi yang dekat dengan Cable Car Langkawi ini.

Island Horses
  • RM 60
  • Ada Diskaun

13 Taman Buaya Langkawi

Siapa sangka yang taman buaya terbesar di Malaysia ada kat Langkawi kan?

tarikan best di langkawi - taman buaya
  • RM 15
  • Ada Diskaun

14 Oriental Village

Oriental Village ini tarikan utama Langkawi. Bukan apa, kawasan kat kaki Gunung Mat Chinchang inilah tempat bermula untuk anda naik kereta kabelnya.

Oriental Village - tempat best langkawi
  • Tarikan Percuma

15 Skytrex Langkawi

Sukakan aktiviti lasak? Tak takutkan tempat tinggi? Skytrex Adventure Langkawi mungkin habitat sesuai untuk anda.

Skytrex Langkawi - tempat aktiviti lasak pulau langkawi
  • RM 45

16 Pulau Paradise 101

Nak main air jet ski, banana boat dan macam-macam kat pulau private yang jauh dari orang? Ini tempatnya bang.

banana boat paradise 101 langkawi
  • RM 180
  • Ada Diskaun

17 Kayak di Dev Adventure Tours

Kalau anda mahu berkayak melalui paya bakau Langkawi, Dev Adventure Tours ada pelatih berpengalaman untuk bantu anda.

kayak adventure tours - tempat aktiviti lasak di pulau langkawi
  • RM 220
  • Ada Diskaun

19 Idaman Suri

Satu lagi tempat popular untuk shopping. Jom singgah

shopping di idaman suri langkawi
  • Tarikan Percuma

20 Morac Adventure Park

Tarikan Langkawi yang ini bolehkan anda lumba GoKart kat litar bertaraf dunia.

morac adventure park langkawi gokart race
  • RM 75

21 Tanjung Rhu

Pantai Tanjung Rhu di Langkawi lebih tenang dan aman berbanding Pantai Cenang.

Tanjung Rhu - tarikan best & cantik di langkawi
  • Tarikan Percuma

23 Telaga Harbour

Telaga Harbour di Langkawi ini adalah tempat berlabuh kapal-kapal mewah yang boleh anda lawati sewaktu bercuti di pulau ini.

Telaga Harbour - tempat menarik & free di langkawi
  • Tarikan Percuma

24 Mangrove Tour

Jika anda datang dengan kumpulan besar, anda juga boleh menaiki bot untuk menyusuri Sungai Kilim dan melihat tarikan alam semulajadi di Kilim Geoforest Park.

Mangrove Tour - tempat best masa datang langkawi
  • RM 125
  • Ada Tour

25 Tasik Dayang Bunting

Tempat menarik Langkawi ini sebenarnya tasik air tawar yang besarnya 3 padang bolasepak.

dayang bunting tarikan langkawi yang best
  • RM 5
  • Ada Tour