Tempat Menarik KL

Jom teroka tempat-tempat menarik di KL— samada untuk aktiviti siang dan malam, yg percuma dan berbayar. Juga dptkan diskaun tiket murah utk percutian lebih berbaloi.

tarikan di kuala lumpur klcc towers

Ini 12 drpd 103 semuanya

Ini 12 drpd 103 semuanya

1. Tarikan Wajib Tuju KL

Loader image

Kuala Lumpur ada banyak tarikan ikonik.

Yang wajib anda lawat termasuklah Menara KL, Menara Berkembar (KLCC), Aquaria dan Zoo Negara (Ini satu sahaja tempat untuk tengok panda di Malaysia).

Untuk yang percuma,  anda boleh menjelajah taman-taman tropika  seperti Taman KLCC dan Perdana Botanical Gardens.

KL memang terkenal untuk shopping.

Yang popular dalam kawasan bandaraya KL adalah Pavilion KL, Suria KLCC, dan Mid Valley Megamall.

Mall yang terbaru pula adalah TRX Exchange.

Dan walaupun TRX Exchange sudah cukup besar, untuk mall saiz gergasi anda perlu ke Putrajaya.

Kat sini, anda boleh layan IOI Mall yang dikatakan antara mall terbesar di Asia Tenggara.

Kalau anda nak shopping barang seni, anda boleh ke Pasar Seni dan untuk shopping gaya pasar malam anda boleh ke Petaling Street atau Pasar Malam Jalan TAR.

Kalau cerita budaya dan sejarah, anda boleh lawat Muzium Negara, Galeri Seni Negara, dan Masjid Wilayah dan Masjid Jamek untuk memahami warisan budaya dan sejarah Malaysia.

Untuk muzium berbayar, boleh juga anda kunjungi Muzium Kesenian Islam.

Selain Menara KL, untuk layan pemandangan Kuala Lumpur anda boleh boleh ke Menara Berkembar Petronas (KLCC)  dan naik ke Skybridge.

Lokasi-lokasi ini ada pemandangan 360 darjah bandar yang memukau, terutama pada waktu malam.

Untuk dinner romantis, anda boleh tempah makan malam di Menara KL.

2. Tempat Menarik di KL untuk Family & Kanak-Kanak

Loader image

Tempat seperti Aquaria KLCC, KidZania, Petrosains dan  Zoo Negara adalah pilihan popular untuk keluarga dengan anak kecil.

Kalau anda nak layan taman tema, pilihan pertama sudah semestinya Sunway Lagoon.

Tempat menarik untuk keluarga yg boleh anda layan termasuklah Taman Burung Kuala Lumpur, taman tema i-City , dan Taman Tasik Titiwangsa untuk aktiviti riadah.

Lokasi seperti Perdana Botanical Gardens dan Taman Eco Rimba KL ada ruang hijau yang sesuai untuk bersantai dan berkelah.

Tapi pilihan terbaru yg sesuai untuk family bersantai termasuklah TRX City Park -- sebuah taman atas bangunan yang cukup luas dan ada tempat mainan anak.

Taman ini berada di atas shopping mall TRX Exchange.

3. Tempat Menarik Percuma di Kuala Lumpur

Loader image

Mestilah ada.

Anda boleh ke  Masjid Wilayah, Masjid Negara, Taman KLCC dan kawasan Dataran Merdeka.

Untuk yang moden dan mudah, boleh ke TRX City Park.

Anda juga boleh meneroka kawasan Kampung Baru untuk melihat seni bina tradisional Melayu dalam kawasan bandaraya.

Selain itu, anda boleh berjalan santai ke kawasan bergambar seperti di Kwa Chai Hong, River of Life dan jambatan Saloma.

Ya, ada,

Antara muzium percuma termasuk Muzium Bank Negara Malaysia dan Galeri Seni di Balai Seni Negara.

Muzium Negara tidak percuma, tapi sangat murah harganya.

Yup. Ada.

Dari tahun 2012 lagi, anda boleh naik bas percuma yang dipanggil bas GoKL.

Bas ini lalu kawasan KLCC, Bukit Bintang, Pasar Seni hingga Titiwangsa.

Cuma setahu kami, sekarang anda perlu register utk naik ia secara percuma. Ini sebab ia nak perkhidmatan ini percuma pada warganegara sahaja.

4. Explore Tarikan Lain

Loader image

Untuk info berkaitan tempat tarikan di KL anda juga boleh lawat Timeout KL, Lonely Planet dan Malaysia Travel Org.