Tempat Menarik di Melaka

Jom jalan-jalan kat Melaka, bandar penuh sejarah dengan macam-macam tarikan best! Dari Kota A Famosa sampai shopping sakan di Jonker Street, memang takkan bosan.

Kalau datang dengan family, boleh naik Melaka River Cruise atau singgah Zoo Melaka. Peminat sejarah? Mesti kena explore Muzium Kesultanan Melaka. Lagi padu, jangan lupa cari tiket promosi—boleh enjoy lebih, bajet tetap terkawal!

tarikan bandar melaka beca

Ini 45 drpd 69 semuanya

Ini 45 drpd 69 semuanya

Cari Tempat Best Kat Melaka

Loader image

Untuk anda yang kali pertama ke Melaka, tempat  tarikan wajib tuju ialah kawasan Bandar Hilir.

Kawasan ini ada tarikan bersejarah seperti kubu A Famosa, Bangunan Stadthuys dan tarikan popular seperti River Cruise Melaka.

Ia juga ada Jonker Street untuk anda tengok barang antik dan beli cenderamata.

Kat situ juga ada banyak muzium-muzium untuk anda dan keluarga masuk.

Antara tempat menarik yg percuma kat Melaka yg boleh anda layan termasuklah ronda-ronda kawasan Jonker Walk, ambil angin malam-malam sambil berjalan di tepi sungai Melaka, dan juga Taman Cahaya kat Ayer Keroh.

Nak yg lain, ini senarai tarikan free yg ada kat Melaka ini.

Melaka memang sarat dengan sejarah.

Antara tarikan sejarah yg utama kat sini termasuklah Kota A Famosa, Muzium Kesultanan Melaka, dan Muzium Maritim.

Tempat kat atas boleh jadi tempat permulaan utk anda belajar sejarah gemilang Melaka sebagai pusat perdagangan antarabangsa.

Untuk tahu budaya bangsa-bangsa lain di negeri ini, anda boleh ke perkampungan Portugis, perkampungan Chetty serta Muzium Baba Nyonya.

Untuk keluarga, lazimnya Zoo Melaka adalah pilihan yang utama.

Kalau nak pengalaman berbeza, boleh datang pada waktu malam untuk night safari.

Bagi yang nak ambil angin laut, layan makanan dan bersantai, selalunya Pantai Klebang jadi pilihan waktu petang dan malam.

Utk yang berbayar, ia juga ada taman tema macam A Famosa Resort dan Melaka Wonderland utk pelbagai aktiviti air yang sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa.

Bila tiba waktu malam, anda boleh layan suasana sungai Melaka dengan naik bot Melaka River Cruise.

Memang best tengok suasana Bandar Hilir yang diterangi lampu berwarna-warni.

Kalau nak ronda-ronda cuci mata, Jonker Walk Night Market pun tempat popular.

Yang nak tengok suasana bandar dari tempat tinggi, anda boleh ke The Shore Sky Tower.

Dan bagi yang nak beraktiviti, ada Crazy Racing untuk layan go-kart waktu malam.

Nak tahu fasal budaya?

Melawat Kampung Morten akan beri peluang untuk melihat rumah tradisional Melayu, manakala Perkampungan Portugis memaparkan warisan komuniti Portugis dengan tarian dan makanan tradisional.

Muzium Baba dan Nyonya akan beri anda peluang mengenali bangsa Cina yang kaya raya kat sini.

Dan Perkampunngan Chetty akan beri anda insight tentang kaum India yang budayanya hampir kepada kaum Melayu.

Pantai yg popular ada dua.

Satu Pantai Klebang.

Ini pantai buatan manusia yang tak boleh anda mandi-manda.

Sebaliknya ia terkenal sebagai tempat bersantai sambil makan, layan coconut shake atau main layang-layang.

Yang nak mandi, boleh ke Pantai Pengkalan Balak.

Pantai ini lebih sesuai untuk keluarga sebab chalet yang berdekatan pun ada.

Lokasi seperti Bangunan Stadthuys, Jonker Street, dan Melaka River Cruise ada latar belakang yang cantik untuk bergambar.

Kalau street art, anda boleh jumpa satu di pesisir sungai Melaka (di Jalan Tukang Besi).

Tak jauh dari situ ada jalan Tukang Kuli yang pun ada street art, tapi di dalam lorong yang tersorok.

Utk tarikan menarik di Melaka buat kanak-kanak, masuk tengok replika dinosaur dan harimau Malaya kat Zoo Melaka, main air kat Melaka Wonderland dan buat mee segera sendiri kat Mamee Jonker House antara yg popular.

Kalau untuk waktu malam,  naik bot dan layan lampu-lampu sekitar sungai dengan River Cruise, naik beca Melaka yg berwarna-warni atau  ambil angin kat Taman Cahaya pun best juga.

Utk alternatif lain, ini senarai penuh tempat best Melaka utk kanak-kanak yg ada.