Penang
Teroka Pulau Pinang ke segenap penjuru. Cari tempat menarik untuk di layan, makan kat tempat makan terbaik dan viral dan tidur? Mestilah tidur kat hotel terbaik yang ada — tak kisahlah samada hotel 5 star atau hostel saja.

Ini 45 drpd 58 semuanya
- Original price was: RM184.00.RM179.00Current price is: RM179.00.
- Original price was: RM65.00.RM58.50Current price is: RM58.50.
- Original price was: RM60.00.RM54.00Current price is: RM54.00.
- Original price was: RM88.00.RM71.15Current price is: RM71.15.
- Original price was: RM20.00.RM18.00Current price is: RM18.00.
- Original price was: RM24.00.RM21.00Current price is: RM21.00.
- Original price was: RM24.00.RM21.00Current price is: RM21.00.
- Original price was: RM18.00.RM17.00Current price is: RM17.00.
- Original price was: RM38.00.RM34.20Current price is: RM34.20.
- Original price was: RM28.00.RM25.00Current price is: RM25.00.
Ini 45 drpd 58 semuanya
1. Tarikan Wajib Tuju Penang
Apa tempat menarik di Penang yg wajib saya lawat?
Penang ada banyak tarikan.
Tapi kalau ini kali pertama anda ke Penang, tarikan wajib tuju termasuklah Bukit Bendera, Gurney Drive, Pantai Batu Feringghi dan juga Taman Tema Escape.
Untuk bergambar pula, anda boleh ke Armenian Street.
Apa tarikan di Penang yg percuma?
Utk tempat menarik percuma di Penang, anda boleh masuk dan layan kambing di Saneen Goat Farm, beri anak peluang main dan mandi-manda di kolam percuma kat Taman Belia atau rehat santai ambil angin di Taman Botani atau layan view senja di Straits Quay.
Semuanya free.
Utk alternatif tempat menarik Penang yg percuma, boleh rujuk kat sini.
Apa tempat best kat Penang utk kanak-kanak?
Penang ada banyak tempat best untuk kanak-kanak.
Antaranya termasuklah taman tema Escape - untuk layan air dan panjat memanjat seharian, tengok rama-rama di Entopia dan naik kuda di Countryside Stables.
Utk alternatif lain, ini tarikan kanak-kanak di Penang lain yg boleh dicuba.
Apa tarikan utama kat Georgetown?
Georgetown, tapak warisan UNESCO, ada pelbagai tarikan.
Antaranya street wall art yang terkenal di Lorong Armenian, Masjid Kapitan Keling, dan rumah warisan seperti Pinang Peranakan Mansion.
Untuk bersantai makan angin, anda boleh layan Gurney Drive dan Padang Kota (Esplanade).
Apakah pantai terbaik untuk saya kunjungi di Penang?
Pantai Batu Ferringhi adalah pilihan utama untuk bersantai atau cuba aktiviti sukan air macam parasailing dan jet ski.
Pantai Teluk Bahang juga ada suasana tenang dengan suasana kampung nelayan.
Apa tempat main air yg best kat Penang?
Kalau nak main air masa kat Penang, ada beberapa pilihan.
Percuma
- Pantai Batu Feringghi
- Taman Belia (pool percuma utk anak)
Berbayar
Alternatif lain ialah dengan menginap di hotel Penang yg ada mini waterpark macam Shangri la Golden Sands, Hard Rock dan Park Royal.
Adakah Penang sesuai untuk cuti keluarga?
Ya, Penang ada banyak tarikan keluarga seperti Entopia, Bertam Waterpark, dan Escape Adventureplay untuk aktiviti lasak.
The Top di Komtar pula ada taman tema indoor dengan view bandaraya ini.
Kalau taman indoor untuk anak -- Penang ada Kids CEO Playland dan Adventure Zone,
Apa aktiviti waktu malam yg menarik kat Penang?
Bila sampai waktu malam, anda boleh lawat Pasar Malam Batu Ferringhi, dan ambil angin sekitar Padang Kota Lama dan Gurney Drive.
Selain itu, anda boleh juga ke pasar malam Perda kalau nak cari t-shirt dan makan-makan.
Apa tempat menarik di Penang yang kurang orang tahu?
Tropical Spice Garden di Teluk Bahang adalah antara destinasi unik yang mempamerkan pelbagai jenis pokok herba dan rempah -- tapi kurang dikunjungi atau diketahui pelancong tempatan.
Selain itu, Pantai Kerachut pula adalah pantai terpencil yang boleh anda lawat kalau anda buat aktiviti trekking di Taman Negara Penang.
Untuk muzium pula, Penang ada muzium hantu yang walaupun kurang diketahui, ada review yang bagus dari para pelawatnya.
Kat mana tempat lain utk saya explore Penang?
Untuk maklumat lanjut tentang tempat best di Penang, anda boleh lawati Timeout Penang, MyPenang, Lonely Planet dan Malaysia Travel Org.