Tempat Menarik di Penang

Penang memang syurga cuti—penuh dengan budaya, makanan sedap, dan tarikan best yang tak pernah jemu!

Nak view padu? Panjat Penang Hill atau cari street art rare kat Georgetown. Bawa family? Entopia dan ESCAPE Theme Park confirm puas hati. Kalau suka sejarah, boleh jalan-jalan kat Fort Cornwallis.

Paling penting, jangan lupa rembat tiket diskaun—dapat enjoy lebih, bajet tetap cun!

tarikan penang bandar georgetown

Ini 45 drpd 58 semuanya

Ini 45 drpd 58 semuanya

Cari Tempat Best Kat Penang

Loader image

Penang ada banyak tarikan.

Tapi kalau ini kali pertama anda ke Penang, tarikan wajib tuju termasuklah Bukit Bendera, Gurney Drive, Pantai Batu Feringghi dan juga Taman Tema Escape.

Untuk bergambar pula, anda boleh ke Armenian Street.

Utk tempat menarik percuma di Penang, anda boleh masuk dan layan kambing di Saneen Goat Farm, beri anak peluang main dan mandi-manda di kolam percuma kat Taman Belia atau rehat santai ambil angin di Taman Botani atau layan view senja di Straits Quay.

Semuanya free.

Utk alternatif tempat menarik Penang yg percuma, boleh rujuk kat sini.

Penang ada banyak tempat best untuk kanak-kanak.

Antaranya termasuklah taman tema Escape - untuk layan air dan panjat memanjat seharian, tengok rama-rama di Entopia dan naik kuda di Countryside Stables.

Utk alternatif lain, ini tarikan kanak-kanak di Penang lain yg boleh dicuba.

Georgetown, tapak warisan UNESCO, ada pelbagai tarikan.

Antaranya street wall art yang terkenal di Lorong Armenian, Masjid Kapitan Keling, dan rumah warisan seperti Pinang Peranakan Mansion.

Untuk bersantai makan angin, anda boleh layan Gurney Drive dan Padang Kota (Esplanade).

Pantai Batu Ferringhi adalah pilihan utama untuk bersantai atau cuba aktiviti sukan air macam parasailing dan jet ski.

Pantai Teluk Bahang juga ada suasana tenang dengan suasana kampung nelayan.

Kalau nak main air masa kat Penang, ada beberapa pilihan.

Percuma

Berbayar

Alternatif lain ialah dengan menginap di hotel Penang yg ada mini waterpark macam Shangri la Golden Sands, Hard Rock dan Park Royal.

Ya, Penang ada banyak tarikan keluarga seperti Entopia, Bertam Waterpark, dan Escape Adventureplay untuk aktiviti lasak.

The Top di Komtar pula ada taman tema indoor dengan view bandaraya ini.

Kalau taman indoor untuk anak -- Penang ada Kids CEO Playland dan Adventure Zone,

Bila sampai waktu malam, anda boleh lawat Pasar Malam Batu Ferringhi, dan ambil angin sekitar Padang Kota Lama dan Gurney Drive.

Selain itu, anda boleh juga ke pasar malam Perda kalau nak cari t-shirt dan makan-makan.

Tropical Spice Garden di Teluk Bahang adalah antara destinasi unik yang mempamerkan pelbagai jenis pokok herba dan rempah -- tapi kurang dikunjungi atau diketahui pelancong tempatan.

Selain itu, Pantai Kerachut pula adalah pantai terpencil yang boleh anda lawat kalau anda buat aktiviti trekking di Taman Negara Penang.

Untuk muzium pula, Penang ada muzium hantu yang walaupun kurang diketahui, ada review yang bagus dari para pelawatnya.

Untuk maklumat lanjut tentang tempat best di Penang, anda boleh lawati Timeout Penang, MyPenang, Lonely Planet dan Malaysia Travel Org.