Tempat Menarik Sabah
Ini senarai tarikan di Sabah yang best & wajib lawat. Yg percuma dan berbayar. Tempat best, siang dan malam.
Ini 12 drpd 54 semuanya
- RM5.00
- Tarikan Percuma
- RM195.00
- RM10.00
- RM175.00
- RM1,380.00
- Tarikan Percuma
- RM35.00
- RM5.00
- RM195.00
- RM10.00
- Original price was: RM2,700.00.RM2,600.00Current price is: RM2,600.00.
Ini 12 drpd 54 semuanya
Cari Tempat Menarik di Sabah
Apa tempat menarik di Sabah yang wajib saya lawati?
Kalau ini kali pertama anda ke sini, antara lokasi wajib tuju ialah Gunung Kinabalu, kawasan Kundasang (yg ada Desa Dairy Farm) dan Taman Laut Tunku Abdul Rahman.
Kota Kinabalu Waterfront dan Pasar Filipina juga popular untuk makanan dan cenderamata.
Apakah tarikan utama kat Gunung Kinabalu?
Gunung Kinabalu dengan Sabah ini ibarat irama dan lagu.
Kalau anda tak cergas untuk mendaki, anda boleh boleh rendam kaki di Poring Hot Springs, bersiar di Taman Botaninya untuk lihat dan kawasan hutan Sabah yang kaya dengan flora dan fauna unik seperti bunga Rafflesia atau naik jambatan gantung di kawasan Poring.
Apakah pulau terbaik untuk saya kunjungi di Sabah?
Pulau Sipadan di Sempoerna adalah syurga untuk anda kalau anda ada lesen selam skuba, sebab ia terkenal dengan terumbu karang yang indah dan hidupan laut eksotik.
Pulau Manukan dan Pulau Mabul pula sesuai untuk anda yang nak bersnorkeling, layan pantai yang cantik, dan buat aktiviti sukan air.
Kalau cuti anda pendek, cukup saja anda layan 3 pulau di Taman Laut Tunku Abdul Rahman sebab ia dekat dengan kawasan bandaraya.
Apakah aktiviti menarik di Kota Kinabalu?
Kat Kota Kinabalu, anda boleh bersantai pemandangan matahari terbenam di pantai Tg Aru atau bersiar-siar di KK Waterfront.
Selain itu, anda boleh ke Masjid Bandaraya yang ikonik, Muzium Sabah yang besar serta cuba makanan laut segar di Pasar Filipina dan Pasar Sinsuran.
Apa tarikan budaya popular yg boleh saya lawat kat Sabah ?
Pada kami, Mari-Mari Cultural Village memberi peluang untuk anda tengok kehidupan suku kaum tradisional.
Muzium Sabah pula ada sejarah dan warisan etnik tempatan.
Dan untuk tengok suasana pasar tempatan, lokasi yg boleh anda pergi adalah Pasar Tamu Gaya.
Sabah sesuai tak utk cuti keluarga?
Ya, Sabah sesuai untuk keluarga.
Anak boleh tengok layan tarikan macam Desa Dairy Farm di Kundasang, Zoo Lok Kawi Wildlife, dan Taman Buaya Tuaran.
Selain tarikan kat atas, anda sekeluarga juga boleh mandi-manda di pesisir pantai di banyak pulau yang ada di negeri ini.
Kalau nak lebih seronok, ada Tagal Sungai Moroli untuk mereka pegang ikan atau merasa ikan berlumba-lumba berkerumun di kaki.
Apa tempat menarik di Sabah pada waktu malam?
Kota Kinabalu Waterfront adalah lokasi popular bila malam.
Sebab ia percuma dan kawasan best untuk ambil angin laut.
Kalau lapar, Pasar Malam Sinsuran pun sesuai untuk anda makan-makan dan beli cenderamata.
Alternatif lain ialah layan laut dengan kapal persiaran. North Borneo Cruise tersedia untuk pengalaman dan memori cuti dengan family.
Apakah destinasi unik yang kurang diketahui di Sabah?
Antara destinasi unik yang kurang diketahui orang tempatan termasuklah cruise sungai untuk melihat monyet Belanda.
Selain itu, Rasa Ria Lookout juga unik tapi jarang dikunjungi orang kita (sebab waktu nak pergi ke sini sangat kurang sesuai).
Apa cara terbaik untuk meneroka Sabah?
Cara terbaik anda teroka kawasan pedalaman seperti Kundasang dan Ranau adalah dengan menyewa kereta atau naik tour.
Ini kerana jarak antara tarikan memang jauh dan pengangkutan awam mungkin susah didapati.
Untuk jelajah pulau-pulau sekitar KK, anda boleh naik bot dari Jesselton Point.
Kat mana boleh saya dapatkan info lagi tentang tarikan di Sabah?
Kalau anda nak tahu tarikan lain serta jadual acara yg ada masa di sini, boleh tengok laman rasmi seperti Sabah Tourism Board atau Malaysia Travel