Mengarut, kata kita. Tapi bukan kata editor New York Times. Ikut kata depa, Chow Kit ini lokasi untuk dilawati masa Tahun Melawat Malaysia 2020 ini.
Tentang Tarikan Ini :
Adanya 2 Hotel Baru Yang Funky
Sebenarnya 2 hotel baru KL ini cuma dibuat di pinggir kawasan ini. Tapi dua hotel ini – satu The Chow Kit dan satu lagi hotel Momo dikatakan bakal bawa nafas baru ke sini.
Hotel The Chow Kit ini hotel mewah dengan gaya Amerika. Dan direka oleh firma hisan dari Brooklyn. Kat sebelahnya, hotel Momo pula minimalis dengan gaya yang buat peminat Marie Kondo teruja.
Hotel Momo boleh diinap pada harga sekitar RM 160 semalam. Yang nak merasa tidur macam kat USA, boleh tidur kat The Chow Kit untuk harga RM 280 sahaja.
Untuk yang nak menginap, ini tips kami. Tren terdekat ialah di Medan Tuanku (monorel) dan Jalan Sultan Ismail (lrt). Kalau nak makan, jangan lupa singgah rasa Cheese Nan kat RSMY House of Real Beriyani.
Kawasan Jalan Doraisamy dah jadi The Row kini.
Kawasan jalan ini dulunya tempat orang KL mabuk muntah malam minggu. Tapi kawasan bangunan bersejarah ini sekarang dah bertukar menjadi kawasan hipster untuk orang muda-muda.
Nak berinstagram dan minum kopi memang boleh saja. Yang nak shopping pokok kecil nak letak kat atas meja pun ada.
Tapi apapun, status kedai makan kat sini samar-samar. Walaupun kedai makan nyonya, iaitu Limapulo ada, status halalnya tak ada.
Dalam erti kata lain, jalan-jalan cuci mata boleh. Nak ber OOTD pun silakan. Tapi makan, mungkin jangan.
Ada Kuil Sikh Paling Besar kat Asia Tenggara.
Siapa sangka yang kuil terbesar mereka ada kat sini? Walaupun tak ramai, mereka masih bangsa yang penting untuk sejarah negara ini. Jangan terkejut kalau kat sesetengah rumah klan Cina, ada patung orang Sikh. Setianya bangsa ini dan instrumentalnya mereka memang satu benda yang legendary.
Untuk kita orang Islam, kuil ini mungkin bukan untuk kita lawati. Tapi kalau untuk pelancong luar, ini satu yang menarik untuk depa masuk dan kunjungi.
Adanya Pasar Basah Terbesar kat KL
Siapa sangka, tak sampai 3 km dari KLCC ada pasar basah tempat orang jual keli dalam baldi, dokong siam dengan nenas tersangkut kat atas gerai mini dan tukang jual masih faham bila anda mahu beli ikan bilis 2 kati.
Pasar ini pasar Chow Kit. Ada yang kata terbesar dalam KL. Ada juga yang kata terbesar dalam Malaysia.
Yang kami tahu, ini memang lokasi penting untuk hotel-hotel dan kedai makan dalam bandar ini cari barang basah pagi-pagi. Sebab ia mula buka sebelum bilal masjid pergi jalan kaki ke masjid lagi.
Munculnya Restoran Baru Kat Sini.
Dan akhir sekali, kata mereka, ia pilihan depa sebab adanya 2,3 restoran baru untuk cuci mata.
Satu kedai namanya Joloko. Gayanya Caribbean, dan macam biasa, bukan untuk orang macam saya dan anda sebab antara lauknya ialah budaya gila dan tequila.
Satu lagi ialah Tapestry yang gaya makanannya bercampur Asia dan luar negeri, untuk makan tengahari dan pagi. Jadi kat sini boleh minum kopi atau makan lauk yang ada bunga kantan dan avocado smoothie.
Dan akhir sekali, ada tempat makan kat hotel Stripes yang bagus untuk mereka. Satu ialah Brasserie 25 yang ada lauk Jepun, Korea dan Cina dengan suasana yang buat sesiapa pun teruja.
Jadi, itu kata depa. Itu 5 sebab Chow Kit tempat best 2020 kat ibu kota. Macam mana?
Anda setuju dengan mereka, atau itu saranan gila?