Nak Rasa Luncur Air Terpanjang Dunia? Mai Penang! Woohoo!!!

Nak merasa water slide yang panjang gila-gila? Yang paling panjang dalam dunia? Tak lama lagi, boleh layan kat Escape Park Penang kak oi.

Water slide warna warni menjunam habis yang bakal buat jantung tertinggal kat Escape Penang

Rekod water slide paling panjang kat dunia sekarang ada kat Action Park New Jersey. Tapi tak ada siapa yang boleh main kat situ. Sebabnya taman tema air pertama Amerika itu dah tutup.

Tapi, takhta luncur air paling panjang dalam dunia bakal bertukar tangan dari kat USA pergi ke Malaysia. Bulan Ogos 2019 ini (2 bulan sahaja lagi), Escape Penang bakal ada water slide terbarunya. Dan ini water slide paling panjaaaaaaaang dalam dunia.

Berapa Panjang Boss?

longest water slide in the world

Ini bahagian water slide terpanjang dunia yang dah siap pasang. Lalu hutan tu weh!

Yang New Jersey punya dalam 601 meter. Yang kat Escape Penang — 1140 meter. Dah lebih 1 kilometer tu bang oi!

Patutnya luncur air ini siap Disember 2018 lagi. Tapi kalau ikut kata bosnya, disebabkan yang kat Penang dipasang tak gunakan mesin berat, dan sebab pokok-pokoknya tak ditebang, luncur air ini ambil masa lebih untuk siap.

Kalau dah siap nanti, korang bakal duduk berayun dalam slide lebih 4 minit.

Macam Mana Nak Naik Water Slide Ni Nanti?

water slide escape penang

Water slide sekarang kat Escape pun dah tinggi bang! Apa lagi yang baru nanti. Kredit Dauzuki

Kaki water slide dah tentu garu janggut sebab fikir — Macam mana nak naik bang? Letih wooo panjat tangga nak naik kat tempat mula. Kata 1 km panjang.

Disebabkan jauh sangat water slide ini, jadi tempat mula pun mestilah tinggi kan? Kalau tak, confirm tersangkut dalam slide hihi.

Jadi Escape akan siapkan kereta kabel nak angkut korang naik. Sekali angkut, 30 orang naik. Panjang kereta kabel ini 400 meter. Dalam jarak 4 kali padang sekolah lebih kurang.

Agenda Asal

escape park water slide construction

Bahagian water slide yang sedang disambung di Escape sekarang

Kalau ikutnya, nak buat water slide terpanjang dunia macam ini, tempat mulanya kena tinggi. Tinggi mana? Setinggi bangunan 20 tingkat.

Tapi disebabkan itu memang susah, Escape tukar idea. Escape buat keputusan untuk gunakan kawasan paling tinggi kat area Teluk Bahang itu.

Jadi nanti slide ini akan mula dari atas bukit. Kemudian, water slide ini rentas jalan kat Teluk Bahang. Lalu kat kawasan jambatan gantung, dan tamat kat kawasan taman tema air Escape Penang.

Amacam? Rasa gembira ke rasa gigil?

Apa Benda Lain Ada Kat Escape?

Ini antara benda lain yang boleh buat kat Escape. Ada berani ke Kak Kiah? Kredit Nadiah Wafa

Escape ini bukan saja ada taman tema air. Sebabnya mula-mula sekali dibuka, Escape ini taman tema ala kampung — yang jenis ada tempat panjat pokok, lompat dari menara, naik upih moden dan lain-lain lagi.

Taman tema air ini datang kemudian.

Yang bagusnya, dua-dua taman tema dengan taman air ini perlukan 1 tiket sahaja. Boleh pilih nak main satu saja atau main dua sekali (masa artikel ini ditulis lah ye).

Jadi, amacam … Siapa yang nak mula rasmikan water slide paling panjang dunia ni nanti, angkaaaaat tangaaaaannn !!!

p/s Nak tarikan yang aman damai? Pergi Entopia Penang. Dekat sangat Escape dengan Entopia ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>