Hotel ini tempat staycation terbaru untuk orang KL tenang-tenang rehatkan kepala.
Gaya pun macam resort dalam pulau saja.
Saiz bilik besar. Dan moden tatahiasnya.
Hijau kelilingnya sebab dibuat dalam kelab golf di Bukit Kiara.
Dengan gaya biliknya, ini resort instagrammable yang memang ngam untuk keluarga muda dengan anak kecil seorang dua.
Untuk si anak, pool kat sini ada slide.
Boleh lah bergembira berendam lama masa hujung minggu dengan anda.
Ia juga ada bilik permainan indoor untuk mereka layan bila hujan kat luar.
Kalau ini semua belum cukup, anda boleh saja jalan-jalan ke mall yang tak jauh dari sini.
Mall 1 Utama yang ada banyak tarikan lain tak sampai 6 km untuk anda pergi.
Nak seronok layan taman tema, Sunway Lagoon tak sampai 30 minit berkereta.
Kalau anda nak ke hotel dengan tren, lokasi terdekat ialah kat MRT Phileo Damansara.
Dari situ boleh ambil Grab untuk ke penginapan anda.
Tak perlu travel ke Langkawi.
Kalau setakat staycation hujung minggu boleh saja rest kat sini.
Macam mana? Ada terasa ingin nak pergi?
Harga : RM 390 ++
Booking.com | Tempah | |
Agoda.com | Tempah |