Nak tahu port makan malam yang paling best kat JB?
Kami ada senarai lokasi makan yang wajib anda cuba nanti.
Jom pilih restoran mana yang berkenan kat hati.
Tempat Makan Malam JB Yg Best & Sedap
- 1 Zaituna Restoran
- 2 Kapten Steamboat dan Grill
- 3 Bubur Nasi Istimewa No. 1
- 4 The Morso
- 5 Bulat-Bulat Corner
- 6 ZZ Sup Tulang
- 7 Cookies & Ginger
- 8 Sarcasteak Cafe
- 9 Bawal Power Sempoi
- 10 J Born Cafe & Bistro
- 11 Steamboat Luton Van
- 12 Grand Seafood Kempas
- 13 Dallah Restaurant JB
- 14 Selera Senibong
- 15 Banafee Village
- 16 Al Mizan Satay House
- 17 Menate Steak House Johor
- 18 Olive Music Cafe
- 19 Hutan Bandar Bistro
- 20 Projek Maging Steakhouse
- 21 FoodFeels
Zaituna Restoran
Restoran Arab ini memang antara kedai lauk pauk Lubnan yang viral dan famous kat JB.
Macam biasa, untuk dinner boleh cuba nasi arab, nasi mandy dan nasi kamsa.
Dan selesaikan dinner dengan pencuci mulut macam baklava dan kunafa.
Ia dibuka dari tengah hari.
Dan selalu penuh sejak mula pintu dibuka.
Jadi sebaiknya tempah dulu supaya dapat slot makan dengan keluarga.
Lokasi : 27, Jalan Glasiar, Taman Tasek, 80200 Johor Bahru, Johor
Kapten Steamboat dan Grill
Kalau anda peminat steamboat datang sini.
Ini kedai steamboat yang dibuat khas untuk masak-masak kat meja – ia siap dengan perangkap asap supaya makan lebih selesa.
Pilihan lauk banyak, terutamanya jenis daging untuk anda grill untuk dinner.
Cendol dan aiskrim pun ada untuk layan sama.
Lokasi : Jalan Tun Abdul Razak (Susur 6), Taman Suria Muafakat, 81200 Johor Bahru, Johor
Bubur Nasi Istimewa No. 1
Tak ramai yang mencari bubur nasi untuk makan malam.
Tapi kat JB, warung bubur nasi ini sudah kira antara tahap lagenda.
Kat warung ini anda makan set bubur kosong dan dihidangkan dengan kangkung goreng belacan, sambal, jeruk lobak, telur masin dan ikan bilisnya.
Cuma sebab ia gerai tepi jalan, jaga-jaga dengan kereta.
Satu lagi masalah, parking kalau pukul 7-8 malam memang masalah negara.
Nota : Ia ada buka kedai tak jauh dari sini. Boleh pergi ke situ untuk alternatif kedua.
Lokasi : 7Eleven, Stall (Depan, Jalan Sutera, Taman Sentosa, 80150 Johor Bahru, Johor
The Morso
Kat The Morso ini pula tempat makan malam menu Western.
Kalau tak mahu spaghetti, lamb chop, chicken chop boleh cuba juga shellout mereka.
Untuk sambut birthday, kek pun ada beraneka.
Kedai kat sini bersih dan selesa. Dan ada ruang yang ada aircond untuk makan dengan keluarga.
Nota : Ia buka awal. Jadi boleh plan datang petang supaya tak susah cari meja.
Lokasi : 34, 36 & 38, Jalan Perjiranan 2, Bandar Dato Onn, 81100 Johor Bahru, Johor
Bulat-Bulat Corner
Untuk anda yang nak port makan malam kat JB yang ada banyak gerai-gerai, datang sini.
Dan sesuai untuk anda yang suka makan lewat malam sebab ia dibuka dari 3 petang sampai 2 pagi.
Boleh makan sate, lauk arab, western, shellout sampai lauk goreng-goreng.
Cuma masalah kat sini, suasananya tak berapa mesra anak sebab ramai juga yang hisap shisha.
Lokasi : Jalan Dato Jaafar, Larkin Jaya, 80350 Johor Bahru, Johor
ZZ Sup Tulang
Kedai sup tulang famous kat JB ini bukan saja buka siang tapi juga untuk malam hari.
Kat sini, tak sah datang kalau tak layan sup gearboxnya.
Dan kalau nak layan menu lain, boleh cuba mee rebus, ayam penyet dan sup kambing juga.
Tapi kawasan makanannya dalam kawasan berpokok.
Bila malam mungkin bernyamuk.
Lokasi : 20, Jalan Petri 5/1, Kampung Bahru, 80100 Johor Bahru, Johor
Cookies & Ginger
Untuk anda yang kat area Iskandar Puteri, JB boleh cuba Cookies & Ginger.
Kat sini yang orang selalu order nachos, wings dan lasagna.
Tapi chicken chop dan burgernya pun popular juga.
Cuma ia tutup awal.
Kalau tak dapat datang malam, datang petang untuk early dinner pun bagus juga.
Lokasi : LG-21, One Sentral Apartment, Jalan Sentral 1, Taman Nusa Sentral, 79100 Iskandar Puteri, Johor
Sarcasteak Cafe
Cafe ala hipster JB ini pun port makan malam layan pasta dan steak dengan keluarga.
Saiz hidangan besar. Dan nasi pun ada.
Cuma tempat makan tak besar sebab dalam ia kat dalam area rumah saja.
Jadi bila makan, ada terasa macam berkunjung rumah member – cuma nak balik kena bayar semuanya.
Lokasi : 74, Jln Datin Halimah, Larkin Jaya, 80350 Johor Bahru, Johor
Bawal Power Sempoi
Nak pekena bawal goreng cicah gulai, sambal dan makan dengan nasi putih?
Datang kat sini. Boleh makan lauk simple tapi yang buat kenyang sampai pagi.
Selain bawal, ada juga sotong, siakap dan ayam kalau nak tambah variety.
Dan ia juga dibuka untuk makan tengahari untuk datang dengan family.
Lokasi : Pusat Perdagangan, 38 & 39, Jalan Kebun Teh 1, Kebun Teh, 80250 Johor Bahru, Johor
J Born Cafe & Bistro
Kedai makan western ini pun antara tempat makan malam best kat JB.
Walaupun speciality kat sini lauk western macam lamb chop, spaghetti carbonara dan grilled salmon, ia masih ada lauk Melayu.
Jadi anda juga boleh order bermacam-macam jenis nasi dan mee nya.
Ia ada beberapa branch lain kat sekitar JB.
Tapi yang kat Kg Melayu Majidee yang popular sekali.
Lokasi : 150, Jln Tebrau Lama, Kampung Melayu Majidee, 81100 Johor Bahru, Johor
Steamboat Luton Van
Buat peminat steamboat dan lok lok, Luton Van ini tempat makan malam best kat area Bandar Baru Uda.
Makan lah puas-puas fish cake dan cucuk-cucuk untuk dinner.
Kat sini ada banyak food truck.
Pilih saja samada nak steamboat, otak-otak, tauhu bakar sampailah ke rojak.
Tapi sebab ini port makan santai, datang awal-awal supaya tak letih berdiri menunggu meja.
Lokasi : 12, Jalan Padi Emas 6/1, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor
Grand Seafood Kempas
Restoran ini pula sesuai untuk makan malam lauk Siam masa cuti dengan family.
Tempatnya luas, bersih dan selesa.
Kalau nak sejuk masuk ja private space yang ada air-conditioner.
Menu yang popular ialah tomyam, siakap stim atau siakap 3 rasa.
Kat sini parkingnya luas.
Senang kalau datang konvoi dua tiga kereta.
Lokasi : 275A, Persiaran Kempas Baru, Kempas Banjaran, 81200 Johor Bahru, Johor
Dallah Restaurant JB
Ini satu lagi restoran masakan Arab gaya Yemeni yang popular kat JB.
Cuma bezanya, yang orang suka pesan kat sini shawarma, mulawah bread atau baklawa berbanding nasinya.
Kalau datang dengan family, boleh ambil set untuk rasa banyak jenis lauk kat sini.
Boleh dapat ayam, daging, nasi sampai ke roti.
Tapi ia tak macam restoran Zaituna yang vibe Arab terasa bila masuk pintunya.
Dekor dalamnya simple-simple saja.
Lokasi : No 25 ,25 A &25 B, Jalan Kolam Air 1, Kampung Nong Chik, 80100 Johor Bahru, Johor
Selera Senibong
Kalau nak dinner sambil rasa angin laut, port dinner popular ini ada.
Kat sini ada 3 kedai yang menu utamanya makanan laut – dari siakap dan soft crab sampai lobster kalau poket anda gagah perkasa.
Bolehlah layan makan lauk set dengan keluarga.
Apapun, pakai waze kalau nak datang.
Kami takut anda tak jumpa jalan sebab ia agak ceruk ke belakang.
Lokasi : Permas Jaya, 81750 Masai, Johor
Banafee Village
Banafee Village ini pula popular untuk makan malam kat JB sebab macam-macam ada.
Dari lauk arab dan western sampailah ke mee rebus dan lauk Korea.
Jadi ia memang port dinner dan lepak orang muda.
Lagipun ia ada live band dan suasananya memang gaya hipster.
Lokasi : 9022, Jalan Dato Abdullah Tahir, Taman Abad, 80300 Johor Bahru, Johor
Al Mizan Satay House
Kalau Kajang ada satay Samuri, JB ada Al Mizan ini.
Jenis satay banyak. Satay ayam, daging, kambing sampailah satay arnab ada kat sini.
Ia juga kumpul sajian famous Johor untuk mudahkan orang luar.
Jadi anda masih boleh jumpa lauk lain – macam mee rebus gearbox dan mee bandung Muar.
Nota : Ia ada beberapa cawangan lain kat JB.
Lokasi : Taman Persiaran Ekoperniagaan, 81100 Johor Bahru, Johor
Menate Steak House Johor
Kalau anda mengidam makan steak dan wang bukan halangan boleh ke Menate cawangan JB.
Ia buka untuk lunch sampai dinner jadi boleh pilih masa yang anda suka.
Kat sini, anda pilih jenis cut yang anda suka – rusuk, t-bone atau tomahawk ikut selera.
Menu lain macam pasta, burger dan pizza pun ada.
Yang penting akaun bank anda gagah perkasa, dan harga sekeping steak tak buat anda geleng kepala.
Lokasi : No. 113 & 115, Jalan Glasiar, Taman Tasek, 80200 Johor Bahru, Johor
Olive Music Cafe
Tempat makan malam satu ini pula cafe bertema muzik yang best kat JB.
Lauk kat sini jenis western. Jadi boleh cuba pasta, kambing grill sampai burger.
Dan kalau nak lauk Melayu, laksa dan nasi lemak tersedia.
Tempatnya cantik.
Tapi harganya tinggi dari restoran western yang biasa.
Lokasi : 5-01 & 6-01, Jalan Kolam Air 1, Nong Chik Heights, 80100 Johor Bahru, Johor
Hutan Bandar Bistro
Ini pula tempatnya kalau nak makan malam lauk western yang murah harganya.
Sebab satu masa dulu ia terkenal dengan chicken chop RM5 nya.
Harganya sekarang sudah naik tapi kedai ini penuh sentiasa.
Macam kedai western biasa, ia ada chicken chop, lamb chop sampai ke beef steak.
Boleh datang kalau nak makan western tapi bajet tak berapa cantik.
Lokasi : 148A Susur Satu, Jalan Tun Abdul Razak, 81100 Johor Bahru, Johor
Projek Maging Steakhouse
Tak jauh dari kedai satay Al Mizan ada kedai steakhouse popular kat JB ini.
Kat sini ada daging biasa sampailah ke daging premium macam daging Wagyu.
Macam kedai steak lain, kalau nak datang poket kena sedia.
Sebab lauk sebegini bukan untuk makan malam biasa.
Apapun, untuk peminat daging, ini antara lokasi yang boleh dipertimbangkan bersama.
Lokasi : 26, Jln Padi Emas 1/7, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor
FoodFeels
Kita tutup senarai lokasi makan malam JB kita dengan cafe western dengan menu yang kena dengan tekak Melayu.
Dibuka dari tengahari, ia famous dengan chicken chopnya yang datang dengan sos buatan sendiri.
Tapi lauk Melayu macam sambal tumis atau fusion macam laksa lemak pasta pun ada.
Yang bagus lagi, kalau nak sambut birthday atau anniversary pun boleh kat sini. Cuma roger mereka awal supaya boleh sediakan meja untuk anda dan buah hati.
Lokasi : 70, Jalan Adda 7, 81100 Johor Bahru, Johor
Cukup kat sini dulu senarai tempat makan malam best kat JB.
Kami cover dari kedai Arab dan Melayu sampai ke port lepak hipster.
Kalau tak tahu nak pilih mana, share dulu kat FB anda.
Senang nanti nak cari balik bila anda sudah cuti kat sana.