12 Tempat Makan Malam & Steamboat Best di Cameron Utk Cuti You

Pening kepala nak cari tempat makan malam menarik kat Cameron Highlands?

Jangan risau.

Kat bawah ni, kami ada senarai tempat best kat Cameron untuk dinner. 

Highland Steamboat Cheese and Grill

highland steambat - tempat makan malam best cameron highlands
Kredit : niknuyu

Kedai steamboat ini agak viral satu masa dulu.

Tapi agak tersorok kat Animal Rainbow Feeding Fair

Jadi kena pakai Waze kalau baru datang pertama kali.

Kat sini, daging perapnyanya antara pilihan popular.

Tapi kalau tak suka daging, boleh juga pilih udang, ketam sampai ke lala.

Kalau nak ambil angin, ada juga port untuk bersantai makan-makan kat luar.

Lokasi : Persiaran Dayang Endah, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata.

Apple Cameron Steamboat & Grill

suasana dalam kedai apple steamboat tanah rata cameron highlands
Kredit : tamanapplecameron

Ini satu lagi kedai makan malam popular Cameron.

Sebab bila siang, ia ada nasi lemak pandan dengan sambal serunding strawberry.

Dan untuk makan malam, selepas pukul 5 petang boleh pilih set steamboat.

Kat sini, boleh duduk kat kerusi atau bersila.

Parking senang. Jadi tak payah risau fasal kereta anda.

Cuma kalau cuti sekolah, lebih baik tempah dulu supaya bila datang meja sudah ada.

Lokasi : 891-A, Persiaran Dayang Indah, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata

Pak Nils Place BBQ & Grill

suasana dinner di paknil's place
Kredit : paknilbbqngrill

Kedai makan ni ada dalam mall Nova Square.

Jadi senang nak jumpa.

Kat sini ada western BBQ sampai ke lauk grill dan steamboat kalau nak layan masak-masak dengan keluarga.

Dan nak cuci mulut ada banyak kek yang boleh dicuba.

Tempat pun selesa.

Boleh sambut birthday anak atau cinta hati anda.

Lokasi : 891-A, Persiaran Dayang Indah, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata

Y.A.Z Steamboat & Grill

yaz steamboat dengan lauk seafood
Kredit : steamboat_cameronhighlands

Tempat makan malam popular Cameron ni ada 2 cawangan. 

Satu di Tanah Rata, satu di Brinchang.

Kat sini ada kambing, ayam dan itik grill.

Boleh pilih nak perisa BBQ, masam manis atau black pepper.

Kalau tak tahu nak makan apa, steamboat pun okay juga.

Sebab banyak pilihan seafood dan juga kuah sosnya.

Lokasi : S1-G-15 / S1-G-16 Somer Square,Golden Hills, Tanah Rata

Adik Aisyah Steamboat BBQ & Cheese

set menu yang ada di adik aisyah steamboat cameron highlands
Kredit : adikaisyahsteamboat

Yang ini pun port steamboat popular kat Cameron Highland.

Macam biasa, ia ada udang, ayam, sotong, ketam sampai ke lala.

Cuma tempat makan ini kecil.

Jadi agak berhimpit-himpit nak ambil steamboatnya.

Lokasi : B5-1-5(S), Perumahan Makmur Cameron Jaya Jalan PMCJ, 7, Jalan Tengkolok, 39000 Tanah Rata

Restoran Highlands Tomyam

ketam claypot di highland tomyam

Nak makan malam layan tomyam ataupun maggi ketam?

Boleh cuba datang sini. 

Kat sini tomyam nya ada gaya thai asli.

Servis selalunya cepat. Dan saiz hidangan pun lazimnya besar.

Cumanya mencari parking bila cuti agak mencabar.

Lokasi : Jalan Pekan Lama, Brinchang

Amir Tomyam

daging danok

Tempat makan ni terletak kat Ringlet jalan menuju ke Tanah Rata.

Nak makan goreng-goreng, set tomyam ataupun satay pun ada.

Tapi jangan lupa cuba daging danok cicah sos blackpepper.

Menu ini ramai yang suka.

Lokasi pun kat tepi jalan besar, mudah nak jumpa.

Lokasi : Habu, Ringlet

Glory 78 Steamboat Snack Corner

glory steamboat cameron highlands
Kredit : ataleoffoodandrelish

Ini satu lagi tempat makan malam popular kat Cameron Highlands.

Yang paling famous kat sini briyani dalam buluh nya. 

Kata orang, lembut dan cukup rasa.

Tak minat briyani? Boleh cuba tomyam steamboat sini.

Cuma harga kat sini memang sedikit tinggi. 

Lokasi : 59, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata

De Kayangan Steamboat and Grill

dekayangan steamboat and grill
Kredit : dekayangansteamboatandgrill

Kedai steamboat ini kecil saja.

Tapi masih antara tempat steamboat popular untuk makan malam kat Cameron Highland yang anda boleh cuba.

Macam biasa, ada daging, ayam dan seafood untuk anda sekeluarga.

Parking kat depan kedai terhad.

Kalau tak jumpa yang kosong, boleh park kat basement area.

Lokasi : Lot B3-28-G, Brinchang Square, Jalan Besar, 39000 Brinchang

Pizzarella 

kedai makan tengahari - pizzarella cameron highlands
Kredit : pizzarella.ch_

Nak dinner jenis lauk Western untuk cuti anda? 

Boleh cuba ke Pizzarella. 

Pizza, chicken chop sampai ke spaghetti ada.

Pizzanya kat sini jenis yang nipis.

Boleh digandingkan dengan sup cendawan dan garlic bread untuk makan malam yang sempurna.

Lokasi : Cameron Fair, C-G-17, Jalan Camelia, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata

Misokimchi 

misokimchi tanah rata
Kredit : gaelsoh

Ini kedai makan popular untuk makan malam yang satu tempat dengan Pizzarella.

Bezanya yang kat sini, ada makanan Korea dan Jepun.

Bolehlah layan ramen, kimchi ataupun menu Korean army potnya.

Kedainya kat dalam mall. 

Jadi walaupun ada waktu sesak, suasananya selesa.

Lokasi : Cameron Fair, C-G-17, Jalan Camelia, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata

Ferns Restaurant

makan malam rmantik di Ferns Restaurant di hotel de la Ferns Cameron Highlands
Kredit : fernsRestaurant

Kita tutup senarai ini dengan restoran kat hotel de La Ferns ini.

Ini tempat dinner yang selesa.

Dan boleh buat makan malam romantik untuk yang datang honeymoon atau nak sambut anniversary berdua.

Ia ada menu Western dan Melayu.

Tapi boleh juga order steamboatnya untuk yang datang dengan member atau keluarga.

Restoran ini ada halal Jakim.

Boleh tenang makan bersama.

Lokasi : Hotel De la Ferns, Batu 39, Jalan Besar, 39000 Tanah Rata

Okay, lengkap sudah senarai tempat-tempat makan malam menarik dan popular kat Cameron.

Selalunya, bila dinner, kat tempat sejuk ini, orang suka layan kedai-kedai steamboatnya.

Tapi dari senarai kami, lauk Western dan Korea pun boleh anda rasa.

So, sudah ada tempat makan yang anda nak cuba?

JomJalan Seluruh Cameron

Senarai tarikan best di Cameron
Promo hotel, tarikan Malaysia
Layan kedai makan sedap kat Cameron Highlands
Jomjalan