Ini Dia! 7 Makanan Wajib Cuba Masa Cuti Kat Cameron Dengan Family

Anda pertama kali naik Cameron Highlands?

Tak tahu makanan apa nak cuba kat sini nanti?

No worries. Kami senaraikan apa dia makanan wajib cuba masa cuti kat sini.

Scones

scones di khm
Kredit : ainnhazirah

Orang kata kalau sudah datang Cameron, wajib makan scones.

Tak kisahlah makan panas-panas untuk teh petang ataupun sarapan pagi.

Sebab ini saja tempat kat Malaysia yang bila makan scones ini, boleh acah-acah rasa macam kat countryside British yang sentiasa basah dan sejuk gedi.

Tempat makan scones halal selalunya orang bertumpu kat Taman Sedia.

Dan KHM Strawberry, Opah Strawberry serta Royal Berries antara tempat makan scones yang popular.

Ubi Keledek

bebola ubi keledek ayahman strawberry cameron highlands
Kredit : ayahmancameronhighlands

Selain sinonim dengan strawberry, Cameron pun popular dengan keledek putih, oren dan purple nya.

Bukan sebab keledek ini tak ada kat tempat anda. 

Tapi sebab bila makan keledek rebus panas yang masih berwap dalam cuaca Cameron yang sejuk dan hujan renyai, memang terasa extra manisnya.

Tempat biasa untuk anda beli bawa balik keledek segar ialah kat Kea Farm (cari auntie India). 

Untuk goreng kat rumah, ada bebola ubi frozen untuk senangkan hidup anda ( boleh beli di Ayahman Strawberry).

Aiskrim Buah Segar 

macam macam aiskrim kat avant chocolate
Kredit : adiela_safiyyani

Aiskrim yang ada isi strawberry, buah dan dengan warna warni pun popular kat sini.

Lagi-lagi untuk anak-anak nanti.

Harganya, walau bagaimanapun memang tinggi.

Kalau kat Lavender Garden, ada aiskrim lavender (status halal tak pasti).

Kat Sheep Sanctuary ada aiskrim Puku (status halal tak pasti).

Dan kalau anda singgah di Avant Chocolate ada aiskrim warna warni buat anak-anak yang sanggup gigit aiskrim sejuk-sejuk Cameron ini (ada halal Jakim).

Untuk aiskrim strawberry homemade yang halal dan waffle yang sedap, boleh cuba Taman Agro Al Mashoor di Taman Sedia.

Nasi Lemak Strawberry

abang strawberry 200 seeds cafe di taman sedia cameron highlands
Kredit : ayunie_smy

Untuk makan pagi, anda boleh cuba nasi lemak strawberry.

Bukan apa.

Walaupun mahal, menu ini susah nak jumpa kat tempat lain dalam Malaysia.

Anda boleh makan pagi dan layan menu ini kat kebanyakan kedai makan di Taman Sedia.

Boleh cuba di Aidilbadri Strawberry, Opah Strawberry atau kat tempat asal menu ini iaitu di Abang Strawberry.

Kalau memang suka, boleh beli sambalnya untuk bawa balik makan kat rumah pula. 

Steamboat

highland steambat - tempat makan malam best cameron highlands
Kredit : niknuyu

Kalau petang sudah layan scones, malam pula mesti layan steamboat.

Memang syok hirup tomyam panas sambil grill daging dan ayam dalam suasana dingin malam hari.

Kalau kat Cameron, memang banyak tempat nak makan malam dan steamboat.

Yang popular ialah kat Apple Cameron, YAZ Steamboat dan juga Highlands Tomyam.

Apapun, nak pi yang mana, kena tengok bajet dan lokasi hotel anda nanti.

Strawberry Putih

campuran pineberry dan strwberry di s corner
Kredit : angel.ng.98

Selain beli strawberry merah, tak sah kalau datang sini tak cuba strawberry putih (ataupun pineberry).

Harga pineberry ini biasanya 2 – 3 kali ganda lebih mahal dari yang merah. 

Tapi rasanya lebih sedap.

Antara tempat yang ada strawberry putih termasuklah di Opah Strawberry (hujung minggu saja), KHM Strawberry dan S Corner.

Jagung Susu / Mutiara

jagung mutiara cameron highlands
Kredit : opahfarm_tamansedia91

Ini pun benda wajib beli bila sudah kat Cameron ini.

Dan walaupun jagung yang dijual kat Cameron ini kontroversi ( ramai kata ia dibawa dari kawasan luar, macam dari Chemor Perak), sebenarnya memang ada kebun jagung kat sini.

Untuk senangkan anda, ini penjual Melayu yang memang dipercayai dan diketahui ada ladangnya di Cameron.

Beliau boleh COD saja ke hotel anda.

Tak perlu sesak jem kat Pasar Kea.

Bolehlah order nak pilih jagung susu atau jagung mutiara.

Okay, cukup kat sini dulu kami senaraikan makanan wajib cuba masa anda kat Cameron Highlands ini.

Jadi walaupun kali pertama datang, anda dapat maksimakan pengalaman cuti dengan panduan kami.

Apapun, jangan lupa share untuk family members yang first time naik ke sana.

JomJalan Seluruh Cameron

Senarai tarikan best di Cameron
Promo hotel, tarikan Malaysia
Layan kedai makan sedap kat Cameron Highlands
Jomjalan