Lelaki Ini Buat Miniatur Suasana Malaysia dan Hasilnya Cun Gila

Dengan asap cerut berkepul-kepul, Eddie Putera, yang juga jurufoto professional,teliti mengecat dioramanya berkali-kali sampai hasil yang didapatinya sama macam semulajadi.

Berasal dari Alor Setar, Eddie merakamkan suasana hidupnya semasa kecil — dari kawasan pekan lama dan kopitiam sampai suasana bengkel kereta kampung yang pemandangannya tak biasa dirakam kita.

pekan lama
Kredit : eddieputera

Telitinya kerjanya menyebabkan bangunan-bangunan miniatur Legoland nampak macam kerja amatur yang biasa tahapnya.

Ada dioramanya datang dari ingatannya. Ada dari bantuan rakan dan keluarga.

motor cub
Kredit : eddieputera

Apapun, ia cubaan Eddie untuk bercerita dengan seni. Dan untuk rakaman generasi satu masa nanti.

suasana pekan lama
Kredit : eddieputera

Dulunya setiap diorama mengambil masa berbulan, tapi selepas lebih 3 tahun menumpahkan tenaga, masa dan cinta pada diorama, sekarang Eddie boleh menyiapkan satu diorama dalam masa seminggu, bergantung kepada saiz dan kesukarannya.

jalan ke Langkawi
Kredit : eddieputera

Katanya untuk menghasilkan diorama yang teliti, beliau menghabiskan masa belajar tentang perkara-perkara seperti karat, dan bagaimana setiap proses oksidasi mengeluarkan warna yang berbeza.

Dia juga belajar bagaimana setiap tempat ada warnanya dan moodnya sendiri.

kaki lima kedai penang
Kredit : eddieputera

Dan hasilnya bukan sahaja diorama, tapi lahirnya seni 3D bernilai tinggi.

Dari kawasan kaki lima bangunan lama yang seakan di Penang atau Melaka, sampailah ke jalan besar ke Langkawi, semuanya dibuat ultra teliti.

kedai cina lama
Kredit : eddieputera

Eddie bukan satu-satunya artis miniatur di negara ini. Tapi taraf kerja beliau dianggap luarbiasa.

Kalau anda minat seni begini, pameran minatur seperti yang dihasilkan Eddie ada di beberapa tempat tarikan di Malaysia.

motor cub honda
Kredit : eddieputera

Kalau di KL, ada muzium MinNature di Bukit Bintang. Kalau anda ke Penang, ada miniatur suasana gerai dan kedai makan di Muzium Wonderfood.

Yang membezakan satu diorama dengan yang lain ialah tahap ketelitian yang ada.

Apapun, Malaysia patut berbangga dengan hasil tangan anak Malaysia, yang merakam dan mengangkat suasana kampung dan pekan Malaysia dengan penuh rasa cinta.

So, seronok tengok atau terbuka hajat nak nak ikut jejak langkahnya.?

Jomjalan