Nak Cuba? Hotel Ultra Mewah Waldorf Astoria KL 2024 Nanti Akan Dibuka

Teringin merasa tidur di hotel yang bilik termurahnya pun sekitar RM 3000 satu malam?

Kalau anda golongan T20, tak perlu pergi jauh lagi nanti.

Jenama hotel ternama dunia, Waldorf Astoria dijangka akan membuka pintunya untuk tetamu pertama di Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada 2024.

Lokasinya tidak jauh dari Pavillion.

Jadi selain diulit kemewahan bak putera puteri, tempat shopping juga dalam jarak jalan kaki.

Jenama Waldorf Astoria

Hotel dari Amerika ini cuma ada 32 cawangan di dunia.

Dan diberi jolokan istana dalam bandaraya.

Dan tiada presiden Amerika, dari Hoover hingga Obama yang tidak pernah tidur di dalamnya.

Waldorf Astoria di Park Avenue Amerika juga mempunyai lif dan terowong rahsia khas.

Ia cukup besar untuk membawa turun kereta berperisai untuk presiden jika apa-apa terjadi sewaktu beliau menginap di sini.

Begitu juga selebriti dunia — dari Marilyn Monroe hingga Frank Sinatra menjadikan ia rumah kedua.

Para puteri Eropah seperti putera Monaco juga menjadikan hotel Waldorf Astoria sebagai pilihan lokasi majlis pertunangan mereka.

Pelopor Hotel Dunia

Hotel ini juga adalah hotel pertama yang memperkenalkan room servis di hotel sebelum menjadi sesuatu kelaziman untuk hotel-hotel lain seluruh dunia.

Ia juga hotel pertama yang ada elektrik di seluruh tingkat, dan yang pertama mempunyai bilik air untuk setiap biliknya.

Perlu diingat bahawa ini semua yang dianggap lazim pada generasi kita ini merupakan satu kemewahan pada waktu ia diperkenalkan.

Apa Bakal Ada?

Waldorf Astoria KL bakal mempunyai 279 suites.

Selain 5 restoran ia juga bakal mempunyai ballroom sendiri — cocok untuk anda yang nak berkahwin dalam suasana penuh glamour satu hari nanti.

Kalau tak sabar menunggu, Waldorf Astoria Bali dan Jakarta bakal dibuka lebih awal dari yang di Malaysia.

Jadi bolehlah terbang ke sana.

Nota : Gambar-gambar di atas adalah suasana hotel-hotel Waldorf Astoria di USA, Rome, Berlin dan Bangkok.

Jomjalan