Nokia HERE – Aplikasi GPS Percuma untuk Android

Tiada siapa yang mahu sesat. Dan tiada siapa yang sukakan peta yang hanya boleh diakses online.

Ada banyak aplikasi peta dan GPS sekarang. Cuma kebanyakan aplikasi peta dan aplikasi GPS untuk telefon pintar selalunya berbayar. Dan banyak aplikasi GPS memerlukan data (seperti aplikasi Waze) — maksudnya kredit atau data anda akan ditolak apabila anda menggunakannya. Jika anda pengguna pra-bayar, ini bukan pilihan ideal.

Untuk mereka yang perlukan aplikasi GPS percuma dengan peta yang boleh digunakan tanpa akses internet, muat turun Nokia HERE.

Aplikasi GPS Percuma Untuk Android dan IOS




Dengan aplikasi Nokia HERE, telefon anda boleh menjadi GPS percuma seperti mana GPS Garmin dan Papago. Apa yang anda perlu buat ialah muat turun aplikasi ini, muat turun pilih peta yang anda perlukan, buka lokasi anda, dan ia sedia untuk digunakan.

Mengikut pengalaman kami navigasi GPS HERE adalah hampir sebaik Garmin. Cuma mencari tempat dengan fungsi carian selalunya menghampakan. Anda perlukan landmark penting dan terkenal yang hampir dengan destinasi anda. Jika anda menggunakan nama jalan untuk mencari arah tuju, ia selalunya tidak berjaya mencari tempat yang anda maksudkan.

Ya. Jika anda pernah menggunakan Garmin sebagai penunjuk arah, anda mungkin hampa dengan Nokia HERE. Tapi, untuk satu aplikasi peta dan GPS percuma yang boleh digunakan tanpa internet, selain Be On Road, ini pilihan terbaik yang kami jumpa setakat ini.

Kelebihan

  • Percuma
  • Tidak menggunakan data
  • Ada pilihan suara bahasa Melayu
  • Peta yang dimuat turun boleh dibuka tanpa internet

Kekurangan

  • Hasil carian kurang baik
  • Antaramuka mengelirukan
  • Peta tidak menggunakan Malfreemaps yang sering dikemaskini

Muat Turun

Jika anda pernah menggunakannya di kawasan bandar besar seperti Kuala Lumpur atau di pulau seperti Pulau Langkawi, jom kongsi pengalaman anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>