UPDATE: Setelah berita ini jadi sensasi di media sosial, KPN beritahu ianya tidak salah.
Kalau masa travel, kek dan roti memang seronok kita makan dengan teh panas. Tapi ada kek yang salah dimakan di Malaysia.
Contohnya yang dalam gambar ini.
Kek Dengan Biji Kas Kas
Kek lemon ini ada kas-kas, dan kalau anda memakannya, anda mungkin masuk penjara.
Sebabnya? Pertama, kas-kas hitam atau juga biji poppi ini diharamkan di Malaysia.
Kedua, jika anda ditahan untuk ujian air kencing, anda akan positif dadah.
Memetik berita dari The Star, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Bahagian Narkotik Ibu Kota, Wan Abdullah Ishak berkata, mereka yang sesiapa positif dadah (walaupun disebabkan makan kek yang ditabur biji poppi) boleh didakwa.
“Mereka akan didakwa di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 Seksyen 15(1) yang boleh membawa hukuman penjara maksimum 2 tahun atau denda RM 5,000 kerana mengambil dadah.”
Jaga-Jaga Makan Kek & Roti
Kalau nasib anda kurang baik, dan kek yang anda beli ada kas-kas banyak, hukuman untuk anda jauh lebih berat.
Kata beliau, “Memiliki walaupun kurang 5gm ganja dari pokok poppi, adalah salah, di bawah undang-undang Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman maksimum 5 tahun penjara atau denda RM 20,000 jika sabit kesalahan. ”
Pada masa hukuman untuk pengedar dadah akan lebih ringan dan ganja mahu dihalalkan , mereka yang hanya makan kek lemon tanpa tahu isinya bakal merengkok di penjara.
Apa pendapat anda?
Gambar : Confettiblues