opera house sydney - antara mercu tanda australia

Pelancong Malaysia Paling Ramai Dibatalkan Visa Di Airport Australia

Cerita tentang pelancong Malaysia disuruh balik tanpa melepasi imigresen Australia bukan perkara baru.

Tapi temubual SBS News Australia dengan pihak Kementerian Dalam Negeri Australia mendapati yang pelancong dari Malaysia sebenarnya berada di tangga pertama dunia dari segi pembatalan visa di airport negara itu.

visa batal australia
Kredit : SBS News/

Senang cerita, walaupun anda telah selamat mendarat di airport Australia dan memang pelancong sebenar, peluang anda pulang tanpa menjejakkan kaki keluar dari lapangan terbang adalah tinggi.

Apa Sebab Kita Champion?

Sebabnya senang.

Rakyat Malaysia adalah antara yang paling ramai menyalahgunakan visa pelancong mereka.

Visa pelancong disalahguna untuk menjadi jalan masuk untuk bekerja.

Dan ramai juga yang menggunakan visa pelancong sebagai jalan untuk mendapatkan perlindungan dari negara tersebut atau menghilangkan diri di sana dalam jangka masa yang lama sebelum memohon taraf penduduk tetap (permanent resident).

Walaupun Sajat dan Sirul Azhar (bekas pengawal peribadi Najib Razak yang dikatakan membunuh Altantuya Sharibu) antara yang melarikan diri ke sana, angka rakyat Malaysia yang meminta suaka bukan sikit.

Lebih dari 30,000 ribu orang.

Strict Tak Pilih Bulu

Kredit : telegraph.co.uk/

Imigresen Australia sebenarnya antara yang paling tegas di dunia.

Ia tidak mengira status anda. dan anda akan dihalau keluar jika melanggar syarat negara mereka.

Pemain tennis no 1 dunia, Novak Djokovic juga disoalsiat, ditahan dan dihalau keluar dari Australia sewaktu beliau memasuki negara itu untuk pertandingan Australian Open.

Visa juara 9 kali Australian Open ini dibatalkan dan beliau dikatakan dilarang memasuki negara ini selama 3 tahun.

Mengapa? Kerana beliau tidak dapat membuktikan yang dia telah divaksin.

Confirm Sudah Andaian

Apapun, dengan pendedahan ini, andaian yang imigresen Australia lebih tegas dengan warga Malaysia kini bukan cakap kosong semata-mata.

Kita memang juara dalam ranking warga dunia yang dihalau keluar dari Australia.

Jadi kalau visa anda lulus, jangan teruja termimpi selfie sambil naik feri di Darling Harbour.

Selagi belum keluar dari airport, anda belum selamat sebenarnya.