Nak tahu samada boleh tak claim pelepasan cukai untuk bilik hotel yang anda tempah masa tahun 2022?
Senang saja.
Ikut step ini.
- Cari resit hotel anda atau cari nama hotel di aplikasi yang anda gunakan untuk book hotel itu.
- Lihat jika ia termasuk dalam senarai hotel yang boleh tolak cukai LHDN kat laman MOTAC.
- Jika ada, anda boleh failkan pelepasan cukai untuk perbelanjaan hotel anda itu.
Pelepasan Utk Tiket Tarikan & Pakej

Selain hotel, ada 2 lagi perbelanjaan pelancongan untuk 2022 yang boleh dapat pelepasan cukai LHDN.
Mengikut LHDN, untuk tahun taksiran 2022, pelepasan cukai pelancongan domestik ini merangkumi perbelanjaan anda untuk :
- Bayaran penginapan hotel (yg berdaftar dengan MOTAC)
- Tiket tarikan
- Dan pakej domestik melalui agen berlesen.
Jumlah semuanya, walaubagaimanapun, terhad kepada RM 1,000 sahaja.
Maksudnya selain hotel, kalau anda dan family ada membeli tiket masuk ke taman tema, zoo ataupun mengambil pakej tour ke pulau atau mendaki gunung dengan agensi berdaftar, ia masih boleh diambil kira untuk pelepasan.
Simpan Bukti
Macam biasa, simpan resit anda sebagai bukti.
Resit (dan dokumen sokongan jika relevan) untuk pelepasan cukai pelancongan perlu disimpan selama 7 tahun.
Walaupun resit-resit ini tidak diperlukan semasa e-Filing, anda perlu mengemukakannya jika diminta oleh LHDN.
[static_content id=”46922″]